lebih hot dari fasha sanda.lebih ngetop dari inul dratista



hari ni gua nak balik kampung.berapa purnama dah tak jejak kampung halaman tempat tanah tumpah darah gua.eceh.baru sebulan kot.tapi rasa macam dah lama sangat.mungkin sebab tekanan di tempat kerja membuatkan gua kepingin lari dari hiruk pikuk hutan batu kota raya dan kembali ke dakapan hutan rimba semulajadi.walau untuk seketika.rindu juga pada asam pedas dan ikan goreng berlada air tangan mak gua.terbaek.ikan berlada tuh kalau makan dengan sup ayam lagi meletop.meleleh air mata sambil makan.ahaha.mental pulak.rindu juga nak bertepuk tampar sepak terajang maki hamun dengan adik gemok dan adik kurus gua.kalau abang besar gua ada lagi meriah.macam WWE Royal Rumble boleh jadi.aha.rindu juga nak bermalas-malasan di kampung sambil-sambil duduk depan rumah menyumpah seranah mat-mat motor yang tak pernah nak fikir susah payah mak bapak nak persiap barang-barang untuk kenduri arwah,tempah tukang gali kubur dan mencari batuan kapur marmar mahupun granit  untuk dibuat penanda di kubur nanti.jadah apa seronok bawak motor ekzos buluh,tayar terangkat,macam pelesit.ilmu terlebih salah guna.dosa pun mak bapak tanggung lagi.oh dunia.ingat kawan-kawan.kelajuan membunuh.uh.mental lagi sekali.rosak suasana.


gua nak lari dari tekanan kerja tapi gua balik kampung bawak sekali kerja.apahal?gila.dapat rasa dah hujung minggu gua masih tensi.tetapi tempat dan ketika peristiwa sahaja berbeza.nak-nak pulak gaji gua tak clear lagi.nice.







 

hot kan?






kata papan kekunci : pulang ke pangkuan keluarga melampiaskan rindu.rindu di sini bagaimana?eh?
papan kekunci berkata lagi : tilam angin jangan lupa.kempiskan lipat-lipat masuk beg.boleh apung-apung dekat jeram.aha.nice.

tidak mahu bekerja

seriau.gamam aku.kaget.sentap.























kejadian 2 hari berturut-turut.MRR2 dah banyak makan orang.mat motor terutamanya.dahla gua hari-hari merempit dekat situ.mungkin akan pertimbangkan pengangkutan awam lepas ni.tenggiling putih gua anto ke kampung la jawabnya.

ya Allah.lindungi aku dari malapetaka sedemikian.amiin..

jiwa parah

jiwa parah.
kaku.kelu.buntu.
bertalu-talu.datang.pergi.kembali.
sunyi.
datang lagi.
kembali parah.
tipis.pipih.dihiris-hiris.
berdarah.
berapa tingkat sabar?
berapa dalam waras?
cukup lebarkah iman?
menerajang hasutan syaitan.
mengesamping tikaman tohmahan.
 dari lidah sang haiwan.
memang begini.jiwa mati.
apa berlalu.tidak peduli.
hanya diri yang dikasihi.
sampai nanti ada benci.
sakit hati.
tolong.tuhan.
tunjuk aku jalan.

klise

Aku letih.aku buntu.kelu.kaku.kacau-bilau.
kau tahu?kau peduli?...parah.


deng.gaji bulan ni masuk lambat lagi.baru gua bajet nak balik hujung minggu ni berjoli kat kampung.cis.gua nak salahkan siapa pulak kali ni.salahkan bos yang tak reti-reti nak duduk opis hujung-hujung bulan macam ni atau salahkan kerani kewangan yang lembab terhegeh-hegeh menyiput buat kerja.dah tau bos takde hujung bulan pandai-pandailah cari bos bila senggang kasi conteng cek gaji pekerja.cis.kerja banyak gaji lambat.puas hati?puas maki.cis.

perut berbunyi.tinjau dapur apa ada boleh cekik aku cekik.takde benda nak cekik teguk air paip sahajo.salam.

tiada kudrat dan upaya.kerdil di bumi tuhan.



gua baru je jejak tilam angin gua.baru balik dari menambah isi perut dengan makanan pasar malam bersama gadis gua.letih oh.dengan semalam gua tak cukup tidonya bertungkus lumus bergelumang buat drawing untuk submission.alih-alih.kau tahu apa jadi?submission untuk itu postpone.beron betul.mata gua sangap gila time kerja tadi.dah tu.seorang umat ni boleh pulak cuti time-time banyak kerja begini.hangin.apsal gua tak hangin pulak kalau dah kerja dia gua yang kena buat?!setan.menyirap sirap gua.tapi.nasib.murah rezeki.macam tau-tau aje gua dah tak berduit.akak yang seorang ini bawak makan-makan untuk kitaorang.nasi minyak beb.lauk ayam masak apajadahguapuntaktau dengan daging masak lada hitam.peh.kecur liur tak?superb beb.ini series!terubat jugakla hati panas gua.cukup cerita untuk hari ini.

untuk beberapa hari lepas dan sehingga hari ini tengah panas tentang seorang blogger yang mengeluarkan kenyataan berbau hampeh tentang Almarhum Sultan Johor yang baru sahaja mangkat.gua tak nak story banyak pasal ini.tidak sekali untuk gua link kan apa yang blogger ini maki kepada umum.karang tak pasal-pasal gua pun kena kait sekali sebab menghasut ke hape.kau dan kau yang bijak pandai boleh cari sendiri.pakcik gugel dengan jiran dia boleh tolong cari untuk kau.satu je gua nak cakap.kauorang punya mulut punya tangan memang kauorang punya suka apa kau nak cakap apa kau nak taip apa kau nak karang.tapi.beringat sedikit boleh?jangan hati kau ada perasaan nak tunjuk bagus dan hebat.jangan tunjuk kepala kau besar.kita melayu ada adat dan adab.kita islam ada hukum hakam.apa jugak kau buat jangan belakangkan agama dang bangsa.memberontak seperti mana pun jiwa kau tetap bukan semua kau boleh jaja sana dan sini.ada benda kau perlu simpan untuk diri sendiri.siapa pun si mati semasa hayat bukan untuk kau persoal.sekarang urusan dia dengan tuhan.kau jangan nak memandai jatuh hukum itu ini.kau tuhan?tidak bukan?kau pun nanti akan mati.banyak-banyak kan amal.eh.gua emo pulak.ah.sudahla.

banyak pulak gua mencarut.tadi baru ingat nak buat post sempoi-sempoi pasal gua penat.tapi melarat jugak tiga perenggan.terima kasih cikgu BM sekolah gua sebab dia gua pandai mengarang.dah mula karut.dah.





kala senang senggang lenggang nanti gua nak buat post pasal batu kat atas nih.bukan sebarang batu tu.keras.ini series!gua basuh kaki dulu.siap siaga nak tidur selepas main PES2010 nanti.esok ada kerja berat.tacap drawing guna artline hitam 0.4 dan tangan tanpa bedung.sekian.

kedaifoto suka-suka

 
 
 


gua dah lama tak main photoshop.last sekali pun time belajar dulu ah.ada la dekat 8,7 bulan lepas.ahaha.lagipun komputer gua nih dah lama jugak takde perisian tersebut.memanjang format je.jadah apa.semalam gua baru install balik benda alah photoshop nih.gua tak install pun sebenarnya.pakai yang light version punya je.yang portable punya.oklah.gua saja nak try main-main.kot-kot skill dah lari ke.keras jugak jari nak godek sana sini.command jadah semua dah tak ingat.uh.so atas ni ada la sket hasil gua main-main semalam.nice kan?gua tau.ahaha.

* agak-agak kalo mata tu rabun, tak puas tengok yang kecik boleh klik dekat gambar kasi besar punya!

jihad aku versi sains fiksyen

permukaan epidermis kelihatan tenang.tiada pergerakan.kaku.sepi.hanya sesekali kelihatan lalang-lalang hitam gergasi meliuk-liuk mengikut pergerakan angin.ya.di atas permukaan epidermis yang kontang itu hanya ada lalang hitam menghiasi.tiada sebarang mikrob mampu hidup dalam keadaan ekstrem tersebut.berbeza pula keadaan di suatu gua berhampiran.di sana lantai dan dindingnya lembap sekali.selaput-selaput berlendir dilihat merata.di sini,lalang hitam nya lebih halus dan kecil jika dibandingkan dengan yang di atas epidermis itu.ah.persetankan hal lalang itu.hitam mahupun kelabu tiada kaitan nya sama aku.aku meneruskan tugas ku.oh.lupa pula.aku limfo.merupakan seorang pengawal keselamatan di sebuah organisasi picisan di kalangan berbilion lagi organisasi lain di dunia ini.tugas aku adalah untuk menjaga keamanan di sini di samping memastikan segala sistem berjalan dengan lancar dan juga menidakkan sebarang cubaan menceroboh oleh anasir-anasir jahat di luar sana.aku masih baru di sini.baru beberapa hari sahaja aku menyandang jawatan ini.di warisi dari bapaku, lim, yang mewarisinya dari atuk ku yang take over dari moyang aku yang......dan seterusnya.boleh dikatakan pengawal keselamatan ini merupakan pekerjaan turun temurun keluarga aku yang hanya diwariskan kepada anak jantan perkasa.ya.aku tau.perkasa.cukup.cukup.nanti aku riak.berbalik kepada tugas aku.seperti 4,5 hari sebelum-sebelum ini aku akan melakukan rondaan dari satu sektor ke sektor yang lain bagi memastikan semuanya lancar.sedang enak meronda sambil mata meliar memerhati  gadis-gadis aku dikejutkan dengan siren kecemasan!weeeeeeeeeeeeeeeeewiitt~...serentak itu kelihatan skuad elit fagosit bergerak ke satu arah.mereka bukan calang-calang orang.keupayaan fagosit ini setanding dengan Special Weapon And Tactics di negara brade John.oh.itu aku lihat dalam filem-filem Holywood...melihatkan keadaan yang mula tidak teratur aku dengan segera lincah mengikuti jejak fagosit-fagosit sebentar tadi.dalam benak aku mengharapkan bukan 'itu' yang berlaku.aku tiba di satu terowong.bagaikan mimpi ngeri menjadi kenyataan aku lihat banyak patogen sedang membuat onar di terowong itu.mereka cuba menembusi benteng pertahanan kami.dapat aku lihat rakanku mukus dan lisozim diperkotak-katikkan.aku takut.bingkas aku lari.patogen mengejar.bersama mereka adalah Antigen.pemusnah ciptaan yang mereka agungkan.siapa yang terkena akan merana.berlari-lari aku mencari perlindungan.di mana fagosit-fagosit sekalian.aku ketakutan.aku tak mahu mati.baru beberapa hari aku berasa dewasa.baru beberapa hari aku merasa bebas.dalam kekalutan aku tersedar.aku adalah limfo.limfosit terhebat.ayahku atuk ku moyang ku semua pahlawan terbilang.aku tak boleh lari.dan seperti naik sheikh aku berhadapan dengan patogen di belakang.satu persatu aku cantas.menggila aku di situ.tapi.usia 4,5hari sebagai pengawal keselamatan membataskan penglaman aku menghadapi patogen durjana.seekor dari mereka menyelinap ke belakang tanpa aku sedar dan...........HHSSS..HHHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA..........(*jeritan)

. . .














. . .



. . . . . . . . . . . . .      . . .






...........CCCCCCHHHHHHHHUUUUUUUUUUUUUUUUUUMMMMMMMMMMMMM!!






..alhamdulillah....nikmatnya bersin..meleleh air hidung.ah.hilang sementara nikmat bau aku.tengah selsema ni.hadeh.entah kenapa sejak dua menjak nih aku kerap jatuh sakit.tak macam zaman muda-muda comel dulu.jarang aku sakit.bega.bogik bak kata arwah nenek.hu.tak mengapa.mungkin ini merupakan kifarah dosa-dosa aku.hanya tuhan yang tahu.wallahualam....

nak layan shisha dulu.dah dua hari menyangap nih.alasan nya gas dapur abis.tak dapat nak bakar arang.hu lagi.dan lagi.hu.

khayal khayalan

aku sekarang sedang khayal dalam dunia yang aku sendiri tak tau di mana hujung pangkalnya, di mana utara selatan nya apatah lagi mana kepala mana bontotnya.ini serius.dah macam orang angau pun ada.tapi aku makan kenyang je.siap tambah lagi.mandi pun berejam jugak dalam bilik air.banyak yang aku nak carutkan dan sama banyak juga kerja yang perlu disiapkan.tapi.walaupun sepatutnya aku sedang bertungkus-lumus menyiapkan kerja bertimbun,aku masih tidak bergerak.tidak beranjak sedikit pun.dalam kepala tidak sedikit pun bimbangkan dateline yang perlu dikejar.tidak sedikit pun hairankan pembaca berita di tibi yang asyik berceloteh macam orang syok je nak dengar.lagilah tidak amibil peduli dengan politikus-politikus yang ralit berbalah tentang itu dan ini.tidak juga terbias dengan pertengkaran warga pangsapuri yang berebutkan parkir kereta.anak jiran sebelah menangis meraung melalak mintak susu pun aku tak endahkan.apa masalah aku?sakitkah aku?kacau kah jiwaku?mental kah aku?tolong.tolong. . . . sayup . . .








* * *

organ badan yang satu ini memulas-mulas.meronta-ronta isi tubuh ingin bebas.proses yang sangat asas dan ringkas.menitis peluh-peluh, terketar nafas...aku mahu berak!shhh...

video biru



Bosan? Kini anda boleh menikmati 'video biru' model kami yang popular. Sila balas Ya untuk menerimanya. Amaran! Hanya untuk umur 18 ke atas!


Sender:
+60175061439


Message centre:
+60120000015


Sent:
17-Jan-2010
13:01:38







memang gua bosan.nak-nak dapat mesej macam haram engko tuh.siapa-siapa berminat nak tengok video kaler BIRU sila-sila la mesej no. kat atas.dan kepada tuan punya no. tak payah terima kasih kat gua.gua tolong promot free.tak payah bagi royalti ke pampasan ke komisen ke.okeh.cau.gua nak layan video kaler hijau tahi katak jap.






*banyak benda nak update.tak berkesempatan lagi.sibuk okeh.submission hari-hari.jadah ape.tunggu lah gua update.adios.

malam pertama

helo-helo gua ucapkan.assalamualaikum konco-konco berempat dan juga pembaca senyap-senyap suda yang lain..setelah beberapa hari berkabung hari ini gua kembali seperti sediakala.err..topik hari ini agak panas sedikit.bukanla panas macam engkau duduk kat gurun ataupun macam makan mi segera cap mamee slurrrpppp kari berapi, nak kene panggil bomba bagai.bukan ok bukan.panas dia ni boleh bikin kontroversi sehebat kontroversi yang dicetuskan oleh goyang gerudi inul.ini nak cerita kisah malam pertama gua.ye.pertama bukan kedua ketiga dan seterusnya.harap bertenang.sebelum tu nak di beritahu di sini kisah ini mungkin mengandungi sedikit sebanyak unsur-unsur kedewasaan yang mana tidak sesuai untuk bacaan para muda belia yang berumur kurang dari 20tahun.seriyes-seriyes.bimbingan ibu bapa di perlukan bagi mereka yang masih berdegil untuk membaca kisah malam pertama ini.

 Al-kisah

gua jumpe dengan dia dekat pasaraya dalam sebuah pusat beli dan blah yang terkenal.pandangan pertama je gua dah tangkap syahdu dengan dia.memang sempurna.idaman orang kata.gua usha je dia.tenung je.tatap je.nak tegur gua takut-takut berani.hajat di hati memang gua nak roger mak ayah kat kampung  suruh pinangkan.tapi apakan daya masa itu gua tak berkemampuan lagi.kempunan gua.tak mengapa.bukan rezeki gua.masa berlalu.sekali lagi gua jejak kaki ke pasaraya yang sama.gua jumpa lagi si dia!wah!jodoh?gua saspek dia keje kat sini ah.apsal gua bengap sangat tak soal selidik.haih.tapi kali ni gua datang dengan persiapan yang cukup.ilmu penuh di dada beb.gua pinangkan dia.dengan mas kahwin + wang suapan /sogokan/saguhati kepada tok kadi dan para saksi berjumlah RM39.90 tunai gua berjaya memiliki si dia idaman gua.peh.gua tak cakap banyak dah lepas tu.angkut balik rumah terus.darah manis orang tua-tua kata.dalam bilik.berdebar beb.bayangkan betapa gua bersusah-payah nak memiliki dia.bukan senang.banyak dugaan gua tempuh.saje gua tak cerita kat sini je.uh.tapi akhirnya apa yang gua idamkan gua dapat juga.lepas semuanya sedia maka tercetuslah sebuah kejadian, aksi belai-membelai,kasih-mengasihi di antara aku dan dia.sungguh nikmat yang dikecapi tak terluah dek perkataan, tak tercapai dek akal pemikiran ( part ni korang kene guna imaginasi sendiri.ikut suka korang nak bayang macam mane, style ape dan bla bla bla ) gua tak tau la aksi tu berlanjutan berapa lama.tapi nak bagitau yang sepanjang malam gua berdakapan dengan dia.peluk erat tak lepas.kalo ikutkan, pagi memang gua tak bangun pergi keje dah.nak sentiasa bersama si dia.melayari bahtera.ecehwah.memang gebu beb.empuk, sedap, dan lembut bangat untuk dipicit-picit, diramas-ramas mahupun digomol-gomol.eh.apsal?terlampau lucah?engkau tau aku cakap pasal ape ni?pasal malam pertama okeh.memang macam ni ah kan.ni gua nak kenalkan dengan si dia yang dah mencuri hati gua dan berjaya buat gua menghabiskan duit gua semata-mata nak memilikinya.jeng jeng jeng .












eh.mane gambar..




















takde jugak?























haa..sikit lagi...op.jap.jangan tengok lebih-lebih okeh.gua jeles.gua cocok mata engko nanti.ingat.nah..












eh.mane orangnya?orang mana?siapa pulak nih.ni la dia.ahaha.gua citer kisah malam pertama gua tido atas tilam baru gua.tilam angin nih.sedap oo.hoho.yang lama dah leper tinggal sarung je.tu yang gua angkut baru.haha.jangan marah aa.sesape yang mengharap nak baca cite lucah dekat sini gua mintak maap la.bukan gua nak perkotak-katikkan engkau.mana la tau kot-kot ada yang betul-betul cari cite pasal malam pertama sekali sampai pulak kat blog picisan gua nih.huhu.

op.bos datang. → Alt + F4

. . . 

sentimental

Assalamualaikum...salam sejahtera.peh.sopan aku kali ini.post ni aku tak mahu la ber'gua-gua'.sebab dalam post ni aku nak bercakap pasal kematian.semalam punyela penat agaknya fizikal dan mental seawal pukul 8 malam aku dah lelap.rekod tuh.tak pernah dibuat seorang ted tido awal.kalo standard selagi tak cecah waktu embun jantan menitis selagi tu aku tak tido.nak di jadikan cerita, pukul 2 pagi tadi aku terjaga.kesat taik mate kanan kiri terus mate tatap skrin komputer.dok belek sane belek sini datang satu notifikasi mukabuku.dan..satu berita gempar aku terima.seorang sahabat yang boleh kata agak akrab mase aku belajar dekat matrikulasi dulu telah di sahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.innalillahi wainnailahi raji'un..menurut si pengirim berita, arwah sedang membonceng motorsikal yang ditunggang seorang sahabat karibnya pada awal pagi Isnin, 11hb Januari 2010 sebelum mereka merempuh sebuah lori ais menyebabkan kedua-duanya cedera parah.mangsa dikejarkan ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan kecemasan namun setelah beberapa jam bertarung nyawa arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir lebih kurang jam 11 pagi semalam.hurm.tak semena-mena aku jadi sebak.organ bernama otak dalam kepala ni mula memutar kisah-kisah lama.cuba mencari kenangan-kenangan silam bersama arwah.tahun 2005.kami belajar di dalam satu kuliah dan praktikum yang sama.kuliah Hayat 3 Praktikum 3.ulang balik?apa?oh ya.memang.aku lepasan Sains Hayat di matrikulasi.tapi beralih angin ke bidang senibina di UPM.kerana aku mahu mencuba bedah bangunan sebab takut bedah orang (padahal pointer tak lepas nak amik jurusan perubatan) .berbalik kepada kisah tadi.arwah merupakan wakil pelajar bagi praktikum aku.arwah seorang yang baik.lembut tutur katanya, pandai menjaga akhlaknya dan seorang hamba yang sentiasa ingat kepada penciptanya.walaupun diskripsi mengenai arwah yang aku terangkan sangat kontras dengan diri ini tetapi tidak pernah menjadi masalah untuk kami bergaul mesra.masakan tidak,dalam praktikum kami hanya ada 4 orang sahaja yang ber'bin'kan nama bapa masing-masing walhal 17 orang selebihnya ber'binti'kan nama bapa mereka (seorang lelaki dan dua orang perempuan lagi menggunakan nama keluarga kerana mereka berketurunan cina) disebabkan jumlah 5 berbalas 19 itu makanya ikatan ukhwah di antara kami perwira berlima boleh di katakan agak akrab.bagai isi dengan kuku, bagai kuku dengan cagu.eeuw . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
pendek kata, arwah merupakan seorang yang disenangi oleh teman-teman dan juga para pengajar dek kerana sikap dan tingkah-lakunya yang baik-baik belaka.pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar buat semua yang mengenalinya.salam takziah buat keluarga arwah.saat ini aku masih gamam dengan kehilangan ini.terasa bagai baru sahaja gelak tawa bersama arwah berlalu.bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham Fadhiri Ariffin.semoga rohnya dicucuri rahmat yang Maha Esa dan ditempatkan di kalangan para solihin.amin..

*untuk berita penuh mengenai kemalangan yang melibatkan arwah sila klik → berita selanjutnya



H3P3 2005/2006 - 5 jejaka hensem macho di barisan belakang.arwah berdiri paling kiri berkemeja putih.

saat menghadapi berita tentang kematian adakalanya merentap jiwa ini.lebih-lebih lagi yang pergi tak kembali itu adalah seorang kenalan mahupun anggota keluarga yang rapat.dengan serta-merta mesti, harus dan wajib akan datang semula bayangan kenangan bersama yang pergi menyambut seruan ilahi tersebut.hipotesis yang terhasil adalah kesedihan dan ratapan tangisan mengenang yang telah pergi.tetapi.tidak seharusnya kita meratapi pemergian mereka.sebaiknya iringi perjalanan mereka bertemu tuhan yang satu itu dengan doa-doa ikhlas dari hati, sebagai tanda penghormatan kita kepada si mati dan juga sebagai bekalan  yang pergi tak kembali ini buat menempuhi alam sesudah mati.insyallah......uh.dah rasa macam kuliah subuh pulak dah.tapi.kematian benar-benar menginsafkan aku.bahawasanya hidup ini hanyalah sementara.tiada yang kekal.hari ini kita bernafas, bergelak ketawa, berhibur berpesta, bermmesra bermanja namun esok belum tentu kita merasa semuanya.sekali lagi mari sedekahkan Al-Fatihah buat saudara-saudara kita yang telah pergi.sesungguhnya masa kita semua akan menyusul kemudian.....wallahualam...

HUKUM menyertai Facebook



kamu semua tau yang Facebook kegilaan ramai itu adalah produk yahudi?apahal tak roger gua?gua pon baru tau beberapa hari lepas.gamam gua.yelah.benda alah tu la yang kita semua dok belek hari-hari..jadi gua yang berasa musykil tentang permasaelahan tersebut mengerak-gerakkan jejari tangan di atas papan kekunci komputer pejabat, pada tetingkap mozilla musang api beralamatkan encik gugel, mencari sesuatu yang tak pasti.ecehwah.macam boleh buat lagu......hasilnya gua jumpe satu artikel nih.gua sekarang sedang bekerja.jadinya nak review pasal artikel tuh dan nak story lebih-lebih tak dapat lah jep.skodeng sini sudaa.....kalau ada manfaat sebar-sebarkan..wallahualam......

advance - maju kehadapan ?


setelah 5 hari bercuti ( 3 hari cuti umum + 2 hari cuti mogok ) gua kembali ke sekolah opis seperti sediakala dengan penuh semangat dan harapan menggunung agar bayaran upah tertunggak akan dilangsaikan hari ini.bercuti tanpa duit memang sengssara.ini serius!haih~

tengah sedap santap nasi lemak + telor mata korbu, gua gosip-gosip dengan seorang umat dalam opis nih perihal duit upah bulan dua belas yang tak dibayar-bayar lagi walau hari ini dah jejak hari ke-enam bulan satu.tak sempat pun gua terjah sebenarnya si polan dah bukak mulut khabarnya duit upah hanya akan dibayar seawal hari jumaat 8hb nanti atau tidak dianjakkan lagi ke hadapan iaitu hari isnin 11hb.gamam gua sejenak.bikin gua panas ni.haih~terus ↓ balik moral gua.cait.cait.tapi.ada tapi nya..akak-akak opis boleh  pulak bergurau kata gua dah kurus sekarang tak macam masa masuk dulu bulat-bulat sahaja.eh.rupa-rupanya mereka-mereka ini memerhatikan gua dalam diam.euw.benci!................yuks~




* 2:17 pm - gua tengah kabe line curi karen opis buat cas bateri henpon gua sekali datang pulak kerani bahagian kewangan merangkap akauntan yang bertanggungjawab dalam setiap penyelewengan perbelanjaan duit opis.sekali lagi gua gamam.ingatkan beliau dah saspek gua curi karen.sekali dia bagitau gua boleh ambik duit upah pendahuluan sebanyak RM200 tunai.alhamdulillah.walaupun dapat sikit dulu pon gua tetap syukur.pasal dompet gua akhirnya dah boleh bukak puasa.syukran..syukran..




* tak perlu jus itu ini pon boleh kurus.haha.juling agaknya mata mereka.

burn berlin down


semenjak dua menjak dompet gua terpaksa berpuasa dari diisi dengan kepingan-kepingan kertas bermotifkan gambar Yang Di-Pertuan Agong kegilaan ramai ni moral gua untuk mengharungi perjalanan 20minit penuh kesesakan dan tekanan dari Sungai Besi menuju ke Taman Setiawangsa sana tuh amat-amat lah rendah.atau ayat pendek nya berbunyi begini - sojak xdo duet ni ha maleh yo ghaso nak poie kojo.

haih~hari ni hari selasa.sekarang pukul 1:54 pm.gua masih berada di rumah.sebab ape?sile bace entry sebelum ini [ klik ]

motivasi



eh.sekarang pukul 9:35 pagi ikut jam henpon gua.hari isnin.patut gua kat opis nih.apsal gua ade kat rumah pulak?ha.arini gua half-day.apsal?eh.suke ati gua lah.haha.gua sedang duduk senang lenang di rumah kerana malas.sebab ape gua malas?sebab gua protes.sebab ape gua protes?sebab gua tidak berduit.sebab ape gua tidak berduit?sebab gaji gua dari tahun LEPAS tak masuk-masuk lagi!hah!ye.sehingga setakat gua menulis ni gaji bulan dua belas tahun dua ribu sembilan gua tak masuk lagi.ape kejadah?entah.gua pun tak tau nak habaq mai macam mana.haih~

*update - 9:47 pagi - gua baru lepas helo-helo pejabat kesayangan gua tuh.si penyambut tetamu merangkap kerani am pejabat tiada.bercuti lagi katenya.si kerani pentadbiran bahagian sumber manusia pun masih bercuti lagi dengarnya.lupa pulak nak tanya si kerani bahagian kewangan ataupun akauntan tuh cuti jugak ke tak.kalau cuti jugak alamatnya masih tak berduit lagi la gua untuk hari ini.haih lagi~

berbekalkan peristiwa di atas datang satu persoalan pada gua.apa motivasi kita bekerja sebenarnya?kita kerja untuk hidup?hidup untuk kerja?kerja untuk duit?dapat duit kita kerjakan duit?tak dapat duit kita tak pergi kerja?ah.ini gua bagi lu orang pikir.gua nak sambung tido.frust punye pasal.haih lagi sekali~