mesra cepat dan betul

slogan di atas merujuk kepada update serba ringkas ini.

 nah.salam jari tengah.

baru bangun dari tidur-tidur ayam.letih yang amat.siang tadi kerja.on call.peh.macam doktor pulak.macam #^░ª,&*@!ÄΣ☼%!@#%%$&^&ä∟]☻Ω▓ñ¼ ( terpaksa ditapis.keji kotor kesat kasar dan lucah melampau )
semua gara-gara bos.bos yang *&¶§▬↓→*&#$!.carut lagi.maki lagi.tambah bernanah jiwa bila nak balik tayar motor bocor.sial.ops.terlepas.mentang-mentang mata gua tak sepet kulit tak putih dan tak sambut tahun harimau senang-senang suruh gua kerja waktu cuti umum.diskriminasi.sial lagi.cis.berjaga ini sebab mahu sambung sedikit kerja.harap harapan wayne 'the rudeboy' rooney sumbat 3,4 biji gol sekejap lagi.baru tenang hati panas gua ni.kalau mampu beckham kasi gol sepakan percuma sebijik buat kenang-kenangan balik amerika nanti.


pinggang gua bisa-bisa campur sengal-sengal.merempit dari kampung sampai bandar.tilam angin bocor lagi.nasib baik ada yoko yoko.

rahsia suara siti nurhaliza lunak merdu

ada satu isu aku nak ulas dekat sini.jadinya aku jumpe pak cik gugel untuk cari bahan bukti.cari punya cari... 


.............praaap!














kiut tak?

adreana batrisya

 sob..sob..sobri.

semalaman bersengkang mata.lebam.kecewa...........*mengeluh
komputer tidak dapat diselamatkan.perlukan pemacu cakera keras yang baru.haih.tipis lagi kertas dalam dompet.menambah lagi duka.tilam angin dambaan aku sedang kebocoran.tak tau mana puncanya.cari-cari tak jumpa.haih lagi.balik nanti akan teruskan usaha pencarian lubang atau lubang-lubang yang membawa angin keluar dari perut tilam.cis.



oh.ya.berkira-kira sperti bakal menjadi bapa.ada cadangan nama?

MRR2x - Malapetaka Ringan-Ringan 2kali

8hb Februari 2010
hari yang tenang.kerja banyak tapi semua dapat siap on time.lapang dada jugak.tapi yang tak best masa balik jalan sesak yang luar biasa.bayangkan dari Ampang ke Bandar Tasik Selatan kereta lori bas basikal motorsikal teksi jentolak jembalang semua bergerak sedikit-sedikit sahaja.dalam kepala memang dah saspek ada malapetaka berskala besar terjadi di laluan berkenaan.kemalangan bas dengan lori tanker mungkin.bertemankan tenggiling putih mutiara kesayangan aku  susuri jalan Lingkaran Tengah Dua menghala ke selatan dengan perlahan.tiada keberanian untuk mencelah-celah di antara kenderaan dengan kelajuan penuh.silap hari bulan boleh merasa makan nasi dengan straw.lepas sahaja beberapa meter dari susur keluar ke Taman Connaught trafik kembali lancar.pemandu dan penunggang kenderaan sekalian apa lagi.tekan dan pulas pedal minyak semahu-mahunya.kiri kanan berdesup kereta motor lori bas teksi jentolak jerangkung semua.macam dah tak ada hari esok.macam dah tak sabar nak sampai rumah sebab nak memerut.macam haram.sampaikan suatu kejadian hampir terjadi.tapi tak terjadi.hampir.seorang kafir laknat memandu Wira BGN 1971 (rasanya) hampir meragut kesucian tenggiling putih aku yang sekaligus mungkin meragut nyawa aku.si kafir itu terlupa agaknya bahawa kereta proton wira buatan malaysia itu mempunyai fungsi lampu signal cermin pandang sisi dan juga cermin pandang belakang.atau hipotesis lain si kafir laknat tak sunat itu buta mata.sementelah itu si kafir tersebut telah dengan senang hati menukar laluan tanpa mempedulikan kewujudan aku dan tenggiling di sebelah.cilaka.maka bergeselanlah badan proton wira itu dengan tenggiling aku.terkamjat aku.nasib baik...

nasib baik 1 - bukan kali pertama aku melalui peristiwa sedemikian dan langkah pencegahan jatuh-dari-motor-dan-digilis-treler sempat dipraktikkan..Alhamdulillah
nasib baik 2 - ketika kejadian sepatu yang disarung di kaki ialah sepatu buaya pasar malam yang bahan mentahnya memang diketahui umum sangat lembut dan selesa dipakai ke hulu ke hilir tetapi tidak sesuai digunakan untuk melepas geram.kalaulah.kalau..pada masa terjadi pergeselan itu kaki ini bersarung but keselamatan yang bahagian depannya berlapikkan besi memang sudah aku shoot se-das dua pada kereta itu.

berderau juga darah muda aku seiringan dengan meningkatnya paras hormon adrenalin dalam badan.dan bagai menyembur ridsect ke arah api yang menyala apabila melihat reaksi muka si kafir itu yang sungguh bersahaja langsung tiada tanda rasa bersalah.macam yang dilanggarnya tadi tu bukan manusia yang berhak mendapat permohonan maaf.atau sekurangnya melambaikan tangan isyarat kemaafan.atau memberi sedikit reaksi yang dia menyedari apa yang terjadi.cis.setan.aku?tarik nafas.pulas pendikit minyak sepenuhnya dan pergi ke sebelah proton wira itu sambil memberi salam perkenalan jari tengah.tamat.

__________________________

makan malam hari ini ditaja oleh gadis aku di sebuah restoran ala thai di bandar baru bangi.syeksen 7 rasanya.dekat-dekat restoran Urat Keting kalau tahu.menu santapan malam ini ialah semangkuk tom yam ayam,sekeping telur dadar dan beberapa ekor udang goreng dengan tepung.kalu tidak mahu juga santap kerapu 8 rasa.apakan daya kerapu di sini saiz semua 3kaliXL.takut nanti berkawan dengan setan membazir tak habis.maklumlah.aku dan gadis masing-masing berperut kecik.ehem.

bersukan bagus untuk kesihatan.terutama untuk paru-paru yang sedang menyucikan diri dari tar dan nikotin.yang tak bagusnya kalau bersukan dalam setahun hanya 3,4 kali.apabila terjadi atau berlangsungnya aktiviti sukan tersebut maka akan terhasil satu fenomena di mana seluruh otot badan menegang dengan pesat membuatkan empunya badan perasan badannya tough.walhal.perasaan otot menegang itu akan disusuli dengan kesengalan seluruh badan.akibatnya.berjalan kengkang lah kamu untuk beberapa ketika.cis.tapi..



ameltz yoko yoko meresap jauh ke dalam untuk melegakan kesengalan otot dan kepala anda!



mujarab.dapatkan di pasaraya berhampiran.ini aku tengah tonyoh benda alah yoko-yoko tu dekat pinggang.nice.

__________________________

9hb Februari 2010

pagi sampai petang tak ada apa untuk cerita.rutin harian biasa.kerja.kerja.kerja lebih masa.gila.
balik agak lambat.jam 10:20 malam baru sentuh kad pekerja pada mesin-merekod-keluar-masuk-pekerja.keluar pejabat hujan lebat.nice.lepak gerai burger pekena burger daging istimewa dengan milo ais.habis makan habis sendawa hujan pun berhenti.alhamdulillah.boleh balik ke pangkal jalan.jam sudah 11 malam.tapi jalan lingkaran tengah 2 masih sesak dengan kenderaan.ah.persetan.redah sahaja.perlahan aku dan tenggiling menyusur jalan pulang.kalau semalamnya aku berkenalan dengan kafir laknat mata sepet makan khinzir malam ini seekor lagi aku kenal.kali ini tertuduh memandu toyota vios yang tak sempat dikenal pasti no pendaftarannya.tertuduh dengan murah hati bagi aku mandian percuma ala Rainforest Splash Pool Genting cuma yang ini versi air lopak-lopak jalanan.sial.tanpa sedikit pun timbang rasa di lenjannya kawasan berlopak tu dengan kelajuan 80 km/j.aku dan tenggiling di sebelah memang sah-sah la kena siram macam tu.sial lagi.kali ini tak sempat nak kejar.sempat hon 8 das sahaja.lagi sekali sial.

__________________________

10hb Februari 2010
malam tadi komputer buat perangai lagi.kali ini dia dok restart,restart,restart dan restart lagi.sampai lebam.lebam mata berjaga menunggu dia restart.hipotesis dibuat bahawasanya sistem operasi komputer telah 'kurap'.cis.penyelesaian.masuk CD Windows 7 Ultimate.set Boot device priority to CD-ROM.format C:.install baru.kahkahkah.tapi.cilaka.tak boleh nak install.ada fail hilang atau 'kurap'.berkemungkinan cakera kerasnya pula bermasaalah.cilaka lagi.kesudahannya komputer tersadai tanpa sistem operasi dan aku tersadai atas tilam angin sambil berdengkur.nice.



3 hari punye cerita sekali henjut.nah.baca nak sangat.nak pergi pasar malam lepas kerja.belanja gadis kek coklat basah.

keajaiban dunia ke lapan belas point satu

design development for Halal Hub Complex at Kuantan Pahang - amendment for site plan  done,first done,second done and third floor plan done,roof plan done,section A-A done.
detail drawings for LKM phase 2A - fencing details done, main entrance gate details done, ramp 1,2,3 details done,blind details and schedule done,pylon and feature wall details done + typical louvres details done.
 
 
tiada keajaiban.aku memang hebat (padahal hampir gila meroyan buat kerja dan berjaga sepanjang malam selama seminggu berturut-turut.deng.)

misteri lif blok A

jam menunjukkan pukul 3:43 pagi.
suasana sunyi sepi.penghuni pangsapuri permai semuanya sedang lena diulit mimpi agaknya.tidak kiralah mimpi basah kering mahupun mimpi ngeri.enjin Honda Ekali5 putih mutiara itu aku matikan.spoket belakang nya pula aku kuncikan dengan mangga jenama solix, dua pupu kepada mangga jenama terkenal solex.sendirian aku berjalan dari parkir kereta berbumbung itu menuju ke lobi lif sambil menggalas beg DC superheroes edisi lelaki kelawar pemberian gadis aku..langkah sedikit terhincut-hincut.beg yang digalas di bahu sesekali dibetulkan letak duduknya.butang lif untuk ke tingkat atas ditekan.aku tunggu.senyap.sunyi...ting!..lif berhenti.pintu terbuka.aku masuk.butang tingkat dituju ditekan.aku tunggu lagi.agak lama.seakan tiada pergerakan.lif tidak berganjak.kaku..'ah.bencana apa ini?'getus hati kecilku..tidak semena-mena bau busuk tengik menerpa hidung kembang aku..gamam..sekonyong-konyong fikiran yang bukan-bukan hinggap di kepala.tentang cerita itu dan ini.cerita  makhluk tuhan dari alam lain.cerita berkaitan peristiwa penampakan entiti paranormal yang seiring datang dengan bau-bauan.ah.sial.rupanya bau itu datang dari baju, seluar dan sarung kaki busuk hasil perpeluhan di gelanggang futsal sebentar tadi.cis.tidak lama tidak sekejap kemudian baru aku perasan.butang yang aku tekan tadi adalah butang tingkat yang sama.bukan tingkat rumah aku.memang padan lif tak bergerak macam sedang piket dan mogok.haih.akibat naik lif dalam keadaan kepala tingtong sangap nak tidur.cis.nasib baik sendirian.kalau ada gadis ke boleh jatuh saham aku.tak keluar bersosial dengan masyarakat pangsapuri seminggu.haha.

kembali

akal masih waras.
seketika.
hati?paras-paras.
tidak lama.
sekelumit.berdikit-dikit.
emosi kecamuk hati.
berjangkitan.
berdamping waras akal.
jadi tidak keruan.
itu.ini.sebati.

Al-Fatihah kepada yang telah kembali menghadap tuhan.
selesai urusan duniawi.bermula perjalanan hidup hakiki.

keajaiban dunia ke lapan belas.

design development for Halal Hub Complex at Kuantan Pahang - amendment for site plan,first,second and third floor plan,roof plan,section A-A.
detail drawings for LKM phase 2A - fencing details, ramp 1,2,3 details,blind details and schedule,pylon and feature wall details.

all due this week.

loading..






............................................kepala tingtong.

kabur mata.halal haram.

Nabi SAW mengingatkan kita bahawa : 
إن لكل أمة فتنة  , وفتنة أمتي المال
Ertinya : "Sesungguhnya bagi setiap umat itu cabaran dan ujian, dan ujian bagi umatku adalah harta" ( Riwayat At-Tirmizi, no 2337 ; Ibn Hibban , Al-Hakim : Sohih menurut Al-Hakim dan disepakati Az-Zahabi. Hasan Menurut Tirmidzi)
 Al-Qaradawi mengatakan, godaan harta bukan pada mengumpul dan mendapatkannya melalui cara yang halal dan menjaga kewajiban agama, tetapi adalah dalam ke'gila'aan mendapatkannya, mencarinya dan menyimpannya walaupun dari jalan yang haram. Selain itu, ia juga tidak endah untuk membelanjakannya walaupun dengan cara yang haram asalkan berbaloi menurut aqalnya, tiada pertimbangan halal dalam hatinya.
Sebagaimana yang digambarkan oleh Allah, salah satu tanda kehilangan keberkatan dalam perolehan harta adalah :-
 أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ  , إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ
Ertinya : Kerana dia mempunyai (banyak) harta dan anak, lalu  apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: ""(Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala.( Al-Qalam : 14-15 )
Inilah sikap kebanyakan hartawan dan jutawan Muslim (yang bukan Muslim sudah tentu bukan fokus kita) di seluruh dunia. Apabila mereka berada di puncak kekayaan, ramai di antara mereka tidak memandang penting kepada unsur keberkatan, halal dan peraturan dan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah, kerap kali mereka anggap perbincangan seperti ini adalah kuno dan ketinggalan zaman.
Allah menegaskan :- 
الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا
Ertinya : Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan" ( Al-Kahfi : 46 )
Menurut Syeikh Ibn Asyur ayat dari surah Kahfi di atas mengingatkan kita betapa perlunya kita menyedari amal soleh dan keberkatan adalah lebih perlu diutamakan dari harta banyak tanpa halal. Jadi dalam konteks ini, walaupun anda mendapat untung yang banyak ia belum pasti lagi menggembirakan anda di barzakh kerana ia mungkin sesuatu yang haram. 
Jika pertimbangan keduniaan menguasai diri, ia adalah suatu tanda dan bukti  umat Islam sudah semakin hilang sensitiviti terhadap kebenaran alam barzakh dan akhirat. Sesuatu yang haram dan syubhat amat zalim kepada Allah SWT walaupun amat menarik di sisi mata dan hati manusia.
Allah mengingatkan kita lagi bahawa :
انظُرْ كَيْفَ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَلَلآخِرَةُ أَكْبَرُ دَرَجَاتٍ وَأَكْبَرُ تَفْضِيلاً
Ertinya : "Perhatikanlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian (yang lain dalam perolehan harta). Dan pasti kehidupan akhirat lebih tinggi tingkatnya dan lebih besar keutamaannya." ( Al-Isra : 21 ) 




bila senang akan gua kupas apa yang terbuku di hati.wee~