sarapan dengan setan






huuuuuuuuaaaaaaarrrrrrrgggggggghghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
hah kao.sebesar badak gua menguap.mana tak setan iblis semua masuk dalam mulut.kepala gua ting tong.gaya tidur dalam kelas masa sekolah dulu memang tak efisien untuk gua praktikkan sekarang.nak landing dalam surau segan.gua kalau letih tahap gaban macam ni kalau tidur memang tak ada maaf punya.tak ada gua kesah orang sana sini.tak boleh.tak sesuai.terpaksa gua bertahan sejam setengah lagi.jangan gua layan tido sambil tunggan tenggiling sudah.ke laut karang peginya.oh.gua syif malam semalam.tak balik lagi ni.tengah busuk lagi.aha.dahla.gua nak layan pokemon gua dulu.


sesungguhnya gua menguap lagi hensem dari badak tu.

cek cek rok rok

semalam punya semalam pekena sate kajang haji samuri.saja-saja mengada nak makan sate sana.sate tak seberapa.suam-suam.gua suka kuah kacang dengan sambal beliau sahaja.lain kali singgah sana tapau kuah je la.sekarang dah lain macam sikit tempat tu.masa gua pergi tu tempat makan atas tutup.penyudahnya berhimpit-himpit orang dekat bawah.gadis gua kata sekarang ni tak ada orang nak kerja situ.gua tengok pun bape kerat yang ada.nak pesan pun stail 'paspud' dah sekarang.sendiri kena pi ode kat kaunter.tak ada dah orang nak layan ode kau dekat meja.memang nampak la 'ketidakcukupan' pekerja berlaku di situ.gadis gua ada buat kaji-kaji pasal haji samuri punya empayar sate tu untuk kerja sekolah beliau.itu pasal dia tau.hah.bagus budak sekolah zaman sekarang.

yang tak sedap nya malam tu henpon gua hilang.keciciran.itu pun perasan sebab gadis gua cakap ibu dia nak talipon sama gua.nak mintak tolong escort gadis gua merempit esoknya.haish.henpon murah pun banyak jasa tu beb.kau orang tanya berapa ramai pernah guna lampu suluh henpon gua tu.henpon gua lah yang menerangi kala kegelapan.peh.tensi-tensi hilang henpon gua pergi melalak dengan budak rumah lepas tu......deng ah.asal dekat-dekat pukul 6 je mesti hujan lebat-lebat.jap lagi ada la suara-suara sumbang yang jeles tengok gua bersenang-lenang.haish.duduk dalam jamban sampai pukul 6 ah.






*agak-agak kau orang mana boleh dapat henpon yang gantung kat leher boleh isi air sirap?gua bayar triple kat kau orang kalau ada

azzura sedar dari koma yang panjang

 

akhirnya azzura kembali beraksi setelah sekian lama sakit tenat, hasil suntikan kewangan berjumlah RM140, untuk mendapatkan 'hati' baru.






*siapa azzura?pakcik gugel mungkin kenal.