roda impian casa impian impian hidup

samat punye impian hidup nak jadi doktor berjaya dan kaya raya.tipikal.meon pulak nak jadi polis tapi jenis polis bersih tak makan rasuah.tak boleh percaya.peah berangan nak jadi taukeh kedai kek pisang.apa punya impian.kudin lagi tak ada wawasan.ada ke takat nak bukak kedai ikan laga.baik bela talapia atau siakap.boleh masak 3 rasa.masing-masing punya impian macam takat sekolah darjah 5.budak darjah 3 sekarang pun lagi padu diorang punya akal.tapi asal jangan bukan-bukan impian sudah.kot ada pulak impian nak jadi tiang lampu,jalan raya itu parah.

gua punya impian.gua nak mati tua.amin.

kerja bahaya



"jang..den tengok ekau ni kojo lain macam.orang poie kojo ekau poie samo.orang balik ekau tak balik yo.orang berjago ekau berjago orang tido pun ekau berjago laie.cubo koba kat esei ekau sobona eh kojo apo kek kolumpo nu?"tanya sameon pekat loghat minang.

"batman".balas gua ringkas dan sinis.

khutbah jumaat

Osteoporosis adalah penyakit tulang yang menyebabkan peningkatan risiko patah tulang. Dalam osteoporosis kepadatan mineral tulang (BMD) berkurang, mikroarsitektur tulang terganggu, dan jumlah dan pelbagai protein dalam tulang diubah. Osteoporosis ditakrifkan oleh World Health Organization (WHO) pada wanita sebagai kepadatan mineral tulang di bawah 2,5 standard deviasi massa tulang puncak (20 tahun rata-rata wanita sihat) yang diukur dengan DXA; yang osteoporosis istilah "ditubuhkan" termasuk kewujudan fraktur kerapuhan.


Osteoporosis adalah yang paling biasa pada wanita selepas menopause, ketika disebut osteoporosis pascamenopause, tapi juga bisa mengembangkan pada lelaki, dan boleh berlaku pada siapa pun di hadapan gangguan hormon tertentu dan penyakit kronik lain atau sebagai akibat dari ubat, khususnya glukokortikoid, ketika penyakit ini dipanggil steroid-atau osteoporosis yang Diinduksi glukokortikoid (SIOP atau GIOP). Mengingat pengaruhnya terhadap risiko patah tulang rapuh, osteoporosis secara signifikan dapat mempengaruhi harapan hidup dan kualiti hidup.
 
 
jadah apa atas ni tak baca pun tak pe.takde kaitan dengan gua pun.gua pinggang sengal sebab kental berjaga malam bersila depan komputer.memang padan muka gua.gua rasa dah tak boleh pergi lagi suasana macam ni.karang kalau bos datang nak bagi kerja gua pejam mata menyamar tidur.bergeliga kan.boleh jadi cendekiawan tak gua.esok sabtu lusa ahad kot.gila apa kalau dapat kerja petang jumaat.memang fakap la hujung minggu gua itu macam.
 
aduh.asal lapang jadual gua mesti nak terberak punya.haih.
 
 
 
*agak-agak khutbah jumaat nanti gua mintak hardcopy kat imam dia bagi tak heh? (-.-")

hidup biar sedap




"..kerja untuk hidup bukan hidup untuk kerja.."
                                                                                      - gua

pelepapp!

kao orang pernah rasa rilek serilek rilek nya macam di awang awangan punya rilek macam nak terapung-terapung dia punya ringan beban macam bayi baru lahir dia punya kudus suci tiba-tiba sekelepaaapp! tertimpa beban atas bahu kao sampai sesak sempit nafas kao tercungap-cungap hongeh berombak dada menahan tekanan.pernah?

gua sedang.cilakak..punye rilek gua dari pagi tadi melayan fesbuk-conteng kertas-belek pelan-berak-mengulor-layan fesbuk-main zoo-tido-bangun-santap nenas campur asam tup-tup dia dia port tepi meja gua 

beliau - ..pot.pet.pot.pet..i'm not happy..pot.pet.pot..tomorrow by 10am..
gua - gua angguk-angguk geleng-geleng..capai pensil mekanikal tangan kanan tangan kiri capai artline biru laot zeropointfour kasi cocok mata beliau sambil tempik dekat telinga "encik tak nampak gua sebok?!" kemudian dengan padu kasi sebijik buku lima dekat perot.selesai.gua senyum nipis tengok beliau menggelupur atas lantai dan berlalu pergi cari port tido laen.

okeh.part tulisan kaler kelabu tu gua tipu.


tajuk tak sempat pikir sebab nak terberak sangat dah ni.

semenjak dua menjak tiga menjak ni gua hidup lain macam.hilang punca.semua gua buat macam tak kena.mencangkung tak kena meniarap tak kena bersimpuh tak kena main game tak kena buat kerja tak kena makan kentaki tak kena mengorat anak pak mat tak kena layan akademi fantasia tak kena.seperti burung dipipiskan lada gua macam tak kenal sape gua yang sebenarnya.batman ke gua ni?ahli sokan ke majistret ke loyer ke ahli muzik ke pencacai pengangkut najis.dilema.kalau berterusan macam ni boleh terjejas ekonomi negara.

aduh.gua baru rajin-rajin nak update blog dia datang.potong betul la.gua berak jap.kalo ada mood karang gua sambung la.haish.

*gedik.

lawak bontot


kao orang klik gambar kasi besar lepas tu kao orang tengok sendiri apa ada okeh.gua nak layan pokemon jap.

koleksi gadis berambut perang


RM0: sebagai tanda penghargaan kesetiaan,
anda dipilih untuk menikmati koleksi GADIS BLONDE yang terhad.
Dapatkan PERCUMA. Pasti Syok!
 Hantar ON S4!ke 37100 sekarang!
MP:0377266692

Sender : 62002

Message centre : +601200000015

Sent : 6-Apr-2010
11:04:21


nais gila kan kalau kao mulakan pagi dengan mesej macam ni?aha.deng.gadis berambut perang tuh wei.gila bertuah gua.tapi.bila masa yang gua jadi pelanggan setia nih?gullpp..

bila larut malam


deng!

dari sejam yang lepas gua dok golek kiri golek kanan je atas tilam leper gua.gua seorang kaki tidur sejati.tapi apa pasal ini malam tak boleh nak lelap.resah dia lain macam.macam seorang teruna yang bakal mengakhiri zaman bujang.macam seorang pelajar tahun akhir di sebuah universiti tempatan risaukan bilangan kedatangan yang tak cukup nak masuk exam.macam sial.sampai bila sindrom pagi-pagi pergi kerja muka mengantuk tahap cipan nak berlarutan?z.z.z..