penyakit kronik dan gejala sosial bermula dari pejabat.

masuk opis pagi semalam gua mulakan dengan langkah yakin.masuk opis pun langkah kaki kanan baca bismillah tiup kiri kanan.pagi-pagi gua tunjuk semangat membara nak memulakan kerja.gua ketuk pintu kayu berpanel kaca bilik bos.dengan harapan mendapat respon terbaik untuk projek kendalian gua.tapi.benar kata bidalan.langit tidak akan selalu cerah.pagi-pagi dah mendung.tak pasal-pasal gua kena tiau.bukan pekena kueytiau.pekena kueytiau sedap tambah kolestrol dalam badan.kene tiau tak sesedap pekena kueytiau.kena tiau boleh kasi naik tekanan darah.kena tiau boleh buat jantung di acah-acah kena serang formasi 3-4-3.kena tiau itu macam boleh tambah bilangan orang gemuk yang tak sihat bila mereka makan tanpa henti untuk menghindari kemurungan.kena tiau macam tu pagi-pagi boleh buat ekonomi negara terjejas bila pekerja mogok dan piket macam merudumnya penjualan raket dan bulu tangkis bila Chong Wei kena ayam-ayam dengan Lin Dan.kena tiau macam gua kena tu boleh buat kadar inflasi melonjak macam rating jualan kasut bola juga jersi siam gred AAA menjelang piala dunia.tipikal.bersukan ikut musim.gua prihatin pasal gejala-gejala tak senonoh tu semua.tu belum cerita lagi bab pegawai kerajaan mengular-datang-opis-punch card-keluar minum-sampai tengah hari-sambung lunch punya gejala.tak pun pemuda pemuda tak berwawasan melepak dekat simpang buang masa usha minah kilang turun bas atau suami orang berpelakuan keji bila menganiaya isteri yang mengandung atau isteri orang tekad beli cuka getah bukan buat peram getah sekerap tapi buat simbah dekat suami curang atau pembuangan anak luar nikah secara berleluasa macam tak ada nilai kemanusiaan.semua penyakit sosial ni lu orang ingat berpunca dari kurang kasih sayang ibu bapa ke?kalau nak buat karangan darjah enam boleh pakaila alasan kurang kasih sayang tu.dah tua sikit nanti lu orang nampak apa yang gua nampak ni.semua berpunca dari kurang kasih sayang bos terhadap pekerja sebenarnya.hah.cuba la pagi-pagi jumpa gua tanya khabar dulu ke tanya dah sarapan ke.nasib baik gua bukan kaki pukul masa sekolah dulu.haish.

bak kata ahmad dhani, hadapi dengan senyuman semua yang terjadi biar terjadi,gua sengih je sambil bos gua membebel meluahkan perasaan....ah.macam perempuan.macam mak dan nenek gua selalu cakap lepas bebel kat anak cucu teruna mereka ni..apo oghang cakap dio buat tak apik yo,masuk tingo kanan kua tingo kighi..osah boto dogei eh..

 
keluar bilik bos, daftar-masuk fesbuk,gua sengih-sengih tengok income zoo gua makin bertimbun.dalam hati gua dah berkira-kira.duit zoo tu gua nak tuntut dekat owner fesbuk. gua  nak buat beli opis ni nanti.kehkehkeh.

bangun tidur tengok gambar seks


















mesti m a a..r i i i i ! !

sebelum tidur basuh kaki..mencarut dulu pun boleh.

"..kuih bengkang!.."

semenjak dua menjak tiga menjak ni macam-macam peristiwa PD terjadi keliling gua.PD ni satu penyakit kronik ye kawan-kawan.tak banyak sikit semua orang mesti ada genetik PD dalam darah.tak kesah darah kau darah bangsawan mahupun darah nelayan.kadang-kadang PD tu perlu.gua pun kadang-kadang PD juga.tapi kalau berdepan orang PD memang gua panas lain macam.kawan sekatil seselimut kau pun boleh PD.lagi panas hati........ . . .      .   .   .   .     .     .     .      .      . ah.mata mengantuk pulak..zzz

empat..lima..enam..balik!

baliknya gua dari bercuti adalah pada pagi isnin bersamaan hari ke lapan belas dalam bulan ke lima tahun dua ribu sepu-u-luh.pukul 3 pagi gua sampai rumah.peh.sengal juga berjalan jauh.lenguh kepak dek berkuak lentang bagai tak kebah lagi.seronok memang seronok.nanti-nanti senang gua tepek gambar.yang pasti gua yang dulunya hitam-hitam manis dah jadi hitam-hitam pahit.demmit.

satu..dua..tiga..pergi!


gambar cilok internet.tunggula 2,3 hari lagi tengok kot ada gambar ambik sendiri macam ni.

monolog 9

"..kalau dapat mana pelesit yang buat kita calar je muka dia.."

monolog 8



"..Apasal la aku malas sembahyang
Siksa neraka cuba la aku bayang
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
halang!!.."

monolog 7



"..Apasal la aku malas sembahyang
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang.."

monolog versi drama

"..wah..semat kau hari ni.awal pulak tu bangun.selalu selagi tak berkokok ayam maghrib tak celik mata kau.nak kemana.ada projek baik ke?.."terjah ahmad bertali arus tanpa salam.gua syak ahmad ni tak sarapan lagi.mungkin boleh gua suakan kaki dalam mulut dia.

"..gua ada urusan seri paduka baginda.gua nak jumpa ketua polis negara.kasi cadang sama dia orang pakai lastik je lepas ni.kerja tak ada lain nak makan rasuah dengan menembak orang je.."balas gua ala-ala pidato menepis terjahan ahmad tadi.

"..oh.kau nak jumpe ketua polis?mintak tolong boleh?.."tanya ahmad sopan.

gua kerut dahi, angkat kening sebelah ala-ala The Rock."..apa dia?.."

"..err..mintak tok polis tu clear saman kereta ebo aku boleh.aku bagila duit kopi sama roti canai..theehee.."

* * *

3,4 hari ahmad tak makan nasi sebab kenyang makan kasut gua.dari yang besar mulia sampai kecik hina sibuk pekena korupsi.1Malaysia.

monolog 6



"..Apasal la aku malas sembahyang
Main bola aku sanggup sampai petang
Beli! tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang.."

monolog 5

"..Apasal la aku malas sembahyang
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang.."

monolog 4


"..Apasal la aku malas sembahyang
Kerja dah best keluarga pun dah senang
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh
luang.."

monolog 3




"..Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang
Berdiri tanpa roh malam siang.."

monolog 2



"...gua baru pasang kuda-kuda siap-siap nak lari boleh pulak dia bentes keting gua..konspirasi.."

monolog



"..deng.pakai BMW siri ke lima pun tak takbur.tahu hormat penunggang tenggiling kerdil di tengah kolam tadahan air MRR2.tak macam yang pakai kereta batin evo zahir wira..err..ke takut kereta mahal kotor?.."