sekeping gambar bernilai seribu perkataan.dua puluh lima keping?

tempat kejadian

suspek - suspek

mereka gedik

jurugambar itu hari

muka tak cukup lapar lagi tu

kami selepas sebelas tahun

tarikh : 26/06/2010
masa : 1400 - 1935
lokasi : Port Dickson
Acara : Jejak Kasih SKUJ '99

mulakan hari pada pukul empat

dengan rilek dan bersahaja gua bangun pukul empat petang pada hari isnin, penghulu segala hari bekerja.serius nais.lepas ni bangun pukul lima atau enam hari selasa, pukul tujuh hari rabu, pukul lapan hari khamis, pukul sembilan hari jumaat.penyudahnya tak bangun terus.haa.tak...tak.

monolog 11

"All true learning is experience. Everything else is just information."
                                                                                      
                                                                             - Albert Einstein

monolog 10


"Love the life you live..live the life you love"

                                               - Bob Marley

semulia-mulia pekerjaan

'menganggur menjadi kerjaya idaman setiap lelaki apabila tibanya piala dunia'


banyaknya masa terluang pada hari kedua menganggur membolehkan gua memodifikasi rupa muka blog picisan ini menggunakan template yang sedia terdapat di laman sesawang seantero dunia.aplikasi warna-warna terang dan menarik perhatian menjadikan template Fancy dari deluxe templates terpilih untuk menghiasi rupa muka blog picisan gua.idea asal nya adalah untuk mengaburi mata pengunjung blog bahawa tuan tanah adalah seorang yang ceria walhal beliau serius orangnya.sila percaya..

begitu juga dua ikon comel di atas.diambil dari laman sesawang, kehadiran mereka adalah juga untuk sekali lagi mengaburi mata pengunjung blog bahawasanya tuan tanah seorang yang comel, fun, adorable, lovable dan kelakar-kelakar gitu padahal beliau seorang pembengis dan tidak boleh di bawa bergurau.jangan ketawa..


motif sebenar, idea asal dan konsep rekabentuk tak dapat dijelaskan kerana sememangnya gua buat semua ni tanpa motif.saja-saja main photoshop sebab sejak di install dalam pc ni baru dua kali gua guna.haha.dah berhenti kerja ni la baru ada masa nak godek sanan sini.selalu masa kerja balik dah malam-malam dah letih terus tidur bangun pagi pergi kerja balik dan ulang ulang ulang sampai hari jumaat.sabtu ahad pulak sibuk bersosial dengan gadis dengan kawan dengan keluarga.isnin dah ulang balik rutin kerja.yang best hanya masa rehat pukul 1 sampai 2 dengan hari gaji se-ofis sahaja.tapi gaji ni pun bukan tentu nak masuk bila.kalau dia buat tebiat tengah bulan depan baru masuk.ada la sekali dalam setahun ni gaji masuk awal.orang kerajaan tak shopping lagi gua dah shopping.tu pun tebiat juga.

secara rasminya gua dah menganggur sejak semalam.jadi,siapa-siapa ofis dia ada nak pakai orang helo-helo la gua.gaji minimum 4000 gua terima.kurang 4000 cakap dengan bos jangan mimpi nak dapatkan tenaga kerja dan khidmat gua.jangan menyesal.

keraian


'meraikan pengangguran dengan kekecewaan satu seni jiwa yang luar biasa'

doktor juga insan biasa

. . .

08:58:27 pagi mata baru celik.rumah sunyi sepi.otak baru nak mula warm up.seingat gua pukul 09:00:00 pagi waktu masuk ofis.demm..

. . .

 14:17:38 petang, "..adik baring sana ya..saya mau cek.."kata doktor singh itu dengan sopan.."paap!paap!paap!"..doktor singh ketuk-ketuk perut gua dengan jari sejurus sebelum beliau tala stetoskop dekat abdomen gua.."ermmmm..masih ada bunyi lagi ya adik..kurangkan makan minyak sama pedas ya..saya bagi mc satu hari sama ubat sakit perut,ubat angin dengan itu ubat cirit birit.mesti mau makan ya.."senafas doktor singh bagi nasihat dan konklusi.dan sebagai pesakit yang baik gua iya kan sahaja kata-kata doktor singh.

"..tulis nama syarikat dekat sini...ok...kejap ye.."
"nah ini ubat bla bla bla bla .. ini mc untuk hari ni .. semua sekali RM!* .. ini resit untuk claim"terang gadis ubat panjang lebar tanpa mendapat sebarang fokus pun dari gua kecuali tang mc dan resit claim.
"..terima kasih.."ringkas balasan gua.gaya orang sakit yang sebenar.

dengan senyum di bibir gua melangkah keluar dari klinik X.surat mc berserta resit gua simpan kemas dalam dompet pasar malam gua.tak sia-sia gua tahan berak dari pagi.terpedaya jugak doktor singh akhirnya.seraya itu gua rasa IQ gua sudah menghampiri IQ mekgaiver.nais.

IQ tinggi iman goyah pun tak guna.selamba badak setan bisik dekat hati nurani gua petang yang damai itu "..pekena wayang cerita kapoww pun sedap ni.."

ringkasan hujung minggu

baru balik dari bercuti di kampung.tenang.lapang.kepala ringan tak macam dulu-dulu.walaupun sebenarnya ada masa hadapan yang perlu di rancang.tapi buat masa ni biarkan.menikmati hidup senang lenang yang tak selalu ada ini lebih afdal.sejak-sejak nak menamatkan perkhidmatan dekat ofis sekarang beban tergalas memang rasa kurang.mood pun tak macam orang monopos dah.tak ada la nak tensi-tensi memanjang.balik rumah pun tak ada la nak buat muka ketat macam mintak spanar.mungkin kewujudan rakan sebilik baru menyumbang kepada perkembangan positif ni.melihat rakan sebilik baru berkeliaran di ruang legar sempit membuat gua acap kali mengucapkan rasa kagum di atas keagungan ciptaan tuhan yang satu itu.melihat pergerakan serta lenggok tubuhnya sahaja membuatkan gua ketap bibir tahan geram.belum lagi tengok dia meliuk-liuk manja bila gua acah-acah nak cuit.kalau boleh masa tidur gua nak peluk-peluk je.grr..

gua bukan homoseks.gua tulen.gua dah ada gadis.serius ni.sila percaya.

rakan sebilik gua yang baru ni bukanlah seorang lelaki.perempuan jauh sekali.haram.tak tergamak lagi la gua nak minat kaum sejenis.kalau ya pun tak akan gua sembang dekat sini...eh?

ni rakan sebilik baru gua.bilik gua memang macam zoo.kuda ada.kelawar ada.sekarang gua tambah ikan.. p/s - gambar gua pinjam kat sini

gambar terpaksa gua pinjam blog orang.nak ambik gambar sendiri gua tak ada kamera.henpon gua ada lampu suluh je.tunggula gua kaya sikit angkut henpon kamera baik punya.

tanggal tiga puluh satu

seumur hidup gua dekat bumi tuhan ni tak pernah lagi gua tengok orang menyanyi lagu kebangsaan sampai meleleh air mata.kalau dia menangis sebab terkenang ke makwe dia ke ke mak dia ke gua tak tau la pulak.tapi gua saspek sama itu orang.gua pun habis kuat emosi gua menguap sambil nyanyi.eh.tak.mana ada.gua serius.sudah-sudah.layan Brazil sama "negara periuk api pagar kawat duri" dulu.

satu

gua dah berkira-kira nak melangkah sekarang.tapi sebelum hujan orang tua suruh sediakan payung.jadi gua kena persiap bekalan terutama ilmu di dada.tempat gua nak tuju bukan calang-calang.hanya yang terpilih dan berkarisma mampu survive.berkarisma bukan ciri-ciri gua.apa tah lagi berkumis.langkah pertama gua tak nak la berlari.walau dalam hati memang meronta-ronta nak berlari.biar gua merangkak anak.janji langkah gua stabil.jangan sepantas kilat.tapi jatuh pun cepat.cehwah..

musykil



sundal tu apa?

cubaan memecah rekod dunia

sabtu ini tidak seperti sabtu-sabtu gua untuk setahun yang lepas.yang mana walaupun hari sabtu walaupun gua tidak ke pejabat dan walaupun gua berseronok berjimba di luar bersama kawan-kawan dan gadis gua, kepala gua masih berat memikir pasal kerja.tetapi tidak sabtu yang ini.sabtu ini kepala gua terasa ringan tanpa sebarang pemikiran serius.yang gua fikirkan hanya kosong.ya.kosong.dan.pemikiran sebegini membolehkan gua melakukan percubaan untuk mengatasi rekod dunia.dalam acara tido.siang tadi dengan jayanya gua bangun tidur pukul enam petang.itupun selepas gua tidur pukul satu pagi sebelumnya.itu bermakna gua telah mengsia-siakan 16 jam hari sabtu gua hanya dengan tidur!tahniah gua ucapkan untukk diri sendiri.

gua rasa gua dah boleh compete untuk pegang status tidur paling lama.tapi.bila gua gugel kan hasrat gua tu gua jumpa pesaing gua.nampaknya jauh lagi cita-cita gua nak pegang title king dalam acara tidur.sigh~

harapan terakhir umat manusia

terasa macam john connor pulak.

hari jumaat memang piawai keluar pukul 12.30 tengah hari.yang berhalkum  tuju ke masjid yang bergunung tuju ke giant jusco tesco untuk belanja tetingkap.tapi itu kena tengok hari bulan jugak.kalau kena masa memang 12 suku dah tunggu depan pintu nak kasi calit kad keluar.kalau hari bulan tak masyuk masing-masing buat-buat lupa ofis ada waktu rehat.untuk gua tidak.apa cerita pun pukul 12.30 mesti keluar.mana boleh duduk ofis lama-lama pekena ekon.tak bagus untuk badan.

ini hari seperti jumaat yang lazim tepat 12.30 gua calit kad keluar.tapi sebelum tuju masjid gua tuju bank harimau dulu.sejak gua kerja ni je gua pakai bank harimau.masa belajar duit kerajaan semua masuk bank kaler merah.tujuan lawatan gua ke bank bukanlah untuk mencucuk ATM mahupun mencucuk langit.silap-silap pak bilal azan kat telinga kalau cucuk langit siang-siang jumaat.gila.

dalam akaun gua ada seringgit je.mana boleh keluar kat ATM.nescaya hari-hari gua keluarkan 4,5 ringgit je kalau boleh.jimat.bukan kedekut.dalam poket gua ada duit kertas malaysia lapan helai.kalau semua kaler pepel memang meriah.ini dua helai kaler merah lagi enam helai kaler biru.yang dua helai kaler merah tu mesin deposit tunai telan ganti dengan kertas resit.buat-buat faham sudah.sekarang tinggal berapa adik-adik?dah rasa macam rancangan PAKLONG pulak dah.sehelai duit biru gua beli keropok lekor garing-garing sehelai lagi buat bayar karipap sardin panas-panas.ok.cukup bekalan sebelum ke masjid.dalam hati kasi niat lagi empat helai duit biru simpan buat pakai masa kecemasan.

sampai masjid masa tu matahari pacak tegak atas kepala.peluh mula menitis mengalir dari dahi ke dagu.dalam baju tak payah cerita.."ini tak boleh jadi.gua perlu pekena air sejuk manis-manis buat ganti air dalam badan yang hilang"..getus hati kecil gua.tak taula betul hati gua berkata ke setan punya angkara.tapi kerana tuntutan hawa nafsu gua layangkan juga sehelai lagi duit kaler biru dekat makcik air sebagai pertukaran dengan segelas air jagung.jadi dana kecemasan gua berkurangan kepada 3 helai duit kaler biru sahaja.

* * * khutbah * * * dengkur * * * solat jumaat * * *

 sebelum masuk ofis gua cek balik dompet.nak kepastian betul ke gua sedang jatuh miskin.dalam dompet ada 3 helai duit biru.memang miskin,gua bukak lipatan duit nak kasi letak kemas-kemas.tapi gua menyesal dengan tindakan gua tu.sumpah seranah gua.mana tak.secara rasmi duit gua tinggal dua helai kaler biru je.sehelai lagi gua baru perasan ada kesan conteng pen marker.cilakak.kalau gua perasan awal boleh gua mintak imam buat solat hajat kat masjid kasi tuju kat siapa yang aniaya gua mcam tu.

muka gua dari manis jadi kelat.sambil bertenggek atas tenggiling gua perah otak kasi fikir benda apa gua nak buat dengan duit terakhir gua.tak termasuk seringgit dalam bank harimau tu ye.benda yang gua nak belanjakan dengan dua ringgit tu mesti benda yang teramat penting.gua tak nak duit gua yang terakhir tu tersia.

* * *

gua langkah keluar dari giant dengan muka puas.tenggek atas tenggiling terus gua pecut balik ofis,calit kad masuk,tuju tandas ofis.dalam tandas gua kasi keluar sebungkus plastik.gua senyum gembira.capai sebatang dan jolok masuk telinga.

peh.dekat sebulan gua tak korek telinga.dia punya nikmat lagi pergi dari nikmat makan ayam kenny rogers.dia punya hasil jangan cerita.loya nanti.kalau lelaki loya saspek keracunan makanan je.kalau perempuan loya dituduhnya kena 'buatan' orang.selesai dua-dua belah telinga gua korek gua masuk duduk tempat gua sambil bersiul lagu wondergirls.puas hati dengan perbelanjaan gua itu hari.lepas ni gua kena fikir pulak macam mana gua nak hidup dengan 80sen sampai 10 haribulan.dem.

benda yang gua sia-siakan dua ringgit terkahir gua.gua rela makan angin kembung perut dari telinga gatal-tangan-asyik-nak -tonyoh-telinga-sampai -nak-buat-kerja-tak-boleh.



salam rindu dari perantauan buat semua kipas susah mati gua

tak boleh blah.tajuk macam artis.yang baca blog cabuk gua ni pun agak-agak jeling-jeling dah tau berapa ketul.heh.tapi gua optimis.di suatu ceruk di luar sana masih ada insan yang mulus hatinya menanti update dari gua.

hampir 3 purnama juga gua tak menjengah blog cabuk ni.sikit lagi nak lupa kata laluan dengan id.ok.gua tipu.baru seminggu gua tak update.tapi seminggu ni memang gua rasa macam 3 kali bulan purnama mengambang penuh.macam-macam benda gua nak langsaikan.mesyuarat orang-orang besar sana sini,deadline hari-hari,lukisan itu lukisan ini,3 dimensi,2 dimensi.kalau badan gua tak gagah memang lunyai.sekarang pulak gua nak menghitung hari.berapa lama lagi gua nak kena susur jalan maut lingkaran tengah dua tu tiap-tiap pagi,berapa hari lagi gua nak kena berebut parking motor betul-betul depan tangga ofis,berapa lama lagi gua nak kena ulang dengar perkataan 'basically' dari mulut bos gua.faveret bos gua tu.hari tu gua diskusi dengan dia pasal seketul tandas je pun dekat sepuluh kali bos gua sebut 'basically'.tebiat betul.gua jugak berkira-kira berapa hari lagi gua nak berhasad dengki dengan orang kerajaan sebab gaji-masuk-awal-walau-tiap pagi sampai tengah hari-sembang-dekat-kedai-kopi.ini semua gara-gara dua hari lepas gua terhantar satu surat bahasa orang putih dekat kakak admin.gua tak pandai bahasa penjajah ni.tapi gua marah kadang-kadang memang gua cakap orang putih.jangan gelak.gua serius.tajuk surat tu ejaan dia ini macam : notice of resignation.kalau tak paham meh sini gua azan sikit kat telinga tu.mana tau mungkin membantu.basically,gua dah lama bercita-cita nak berhenti kerja.tengok.tebiat bos gua dah berjangkit.salah satu sebab gua bagi surat bahasa orang putih tu.hah.gua rasa dah sampai seru gua tinggalkan ofis sekarang.dah banyak petunjuk dah.gua je saja buat pekak dan tuli selama ni.mungkin ini masa sesuai gua berkelana ke jajahan lain.menimba pengalaman baru.buat bekal makan akar jiwa.mengorak langkah segar menongkah arus kehidupan metropolitan yang semakin mereput busuk.cehwah.pandai gua menulis gaya sasterawan rupanya.baru sikit gaya bahasa gua tonjol.belum aplikasi latar masa,masyarakat dan tempat lagi.tambah sikit kata-kata bidalan dengan pujangga memang cikgu-cikgu sekolah tak pakai dah sehijau warna daun,meniti kaca dengan konserto terakhir.ok.gua merapu.

saat-saat poket nipis macam ni,bau mee maggi perisa kari pun gua dah rasa macam bau ayam kenny rogers.cilakak punya budak bilik sebelah.gua nak kosentrasi ni.peh.susah betul kerja bukan kerajaan.kadang-kadang gua rasa kesian dengan bos gua.botak-botak dah kepala dek kerja siang malam.tiap-tiap bulan projek masuk.kalau tak sebab konspirasi dalaman gua rasa bos gua dah pakai ferrari dah sekarang.gua pulak silap-silap dah ada banglo 5 tingkat yang mana satu tingkat untuk pembantu rumah sahaja.amacam?nak jadi pembantu rumah gua ke?tapi itu semua kalau.realiti itu memang perit untuk ditelan.gua murung dan dipresi.

apa thrill jalan kat pantai pakai sendal di kaki dengan seluar jin.tak waras betul pemikiran.ingat pekan ke.

atas sana sekeping gambar gua jalan-jalan dekat pulau itu hari.dengan brado-brado rumah lama.rumah sewa masa gua masih bermodalkan duit PTPTN untuk berjoli.itu dulu.pergi pulau ni guna duit gaji okeh.gua mana dapat duit pi-ti-pi-ti-en lagi.bayar pun baru seratus.haha.nanti gua dapat duit OT gua lamsam terus 24k.gua serius.kalau pandai kira sendiri berapa jam gua kena OT kalau gua nak capai cita-cita bayar pi-ti-pi-ti-en lamsam macam tu.sampai keroyot pun tak terbayar woi!
setakat hari ni gua dah bersekongkol selama 4 tahun dengan brado-brado berlima dalam gambar.masing-masing punya akal dalam poket.dari zaman rambut tebal belah tengah sampai rambut  dah macam zinedine zidane.yang berkaki ayam tu gua.kacak.dan akan semakin kacak berkadaran terus dengan usia dan zaman.sampai gua kadang-kadang trauma nak bangun pagi tengok muka kat cermin yang mana setiap hari menjanjikan kekacakan luar biasa.sampai satu tahap gua hampir menghiris retina mata gua dengan pisau cukur seringgit dua puluh sen kerana gua percaya imej yang terpampang pada cermin bilik air setiap pagi itu adalah kekacakan teragung yang tiada tolok banding.yang mana tiada lagi kekacakan sesempurna itu untuk gua lihat hingga hampir mendesak gua mengakhiri penglihatan gua agar kacak yang sempurna itu terabadi bersama.tolong jangan ketawa.gua serius.lebih serius dari wonderpets.brado sebelah dengan gaya dua jempol (sila gugel translasi kan perkataan berwarna merah kepada bahasa orang putih) budak rumah gua gelar pantitet.brado ni mati-mati berhujah kata muka farid kamil macam dia.tapi gua tetap nafikan dengan hujah muka dia macamm a.c mizal.satu-satunya brado yang pakai seluar trek dalam gambar adalah paling gedik antara semua.caci,maki,bahan,pancing,kacang,buah,ayam dah memang makanan harian brado ni.nak berkawan dengan brado ni hati mau kental macam komando.hati kalau setakat macam gula-gula kapas,baru nawaitu nak sentuh dah cair jangan mimpi.tak boleh cakap banyak pasal brado seluar trek ni.nanti  dia sebak.brado kep cekelat merupakan rumet gua.dari dua rumah sewa yang dulu gua sebilik dengan brado ni.sampai tahap dia ada belaan yang jaga dia selama ni pun gua tau.sekarang brado ni ada tak dekat mekah dekat madinah.tengah tahajjud ke apa tidak pula gua dapat agak.gua tengah siap-siap bekalan gelak sebakul nak buat selebret kepulangan rumet gua ni.hari-hari gua saving gelak.lawak mana pun gua gelak seharkat dua je.kalau lupa diri baru gua gelak 3 harkat.semua punca gua tak dapat imaginasikan muka brado tuh cukur kepala.nais.lepas gelak baru bermaaf-maafan sambil makan kebab unta.sangat nais.sebelah tu pulak merupakan brado rambut zidane yang gua sebut awal tadi.gua tak nak cerita banyak pasal brado ni bagi mengelakkan sumpahan dan daulat beliau.kerana,gua sedang merasai.hah!brado paling kanan adalah brado yang paling hawaii.seluar bunga beliau sedikit sebanyak menaikkan suasana berjalan di pantai yang telah dirosakkan sejak awal oleh pemakaian seluar jin dan sendal kaki ala-ala pekan.dem.tidak lupa brado seluar bunga la yang masak-mee-maggi-perisa kari-bau-masuk-dalam-bilik-gua.cilakak!gua lapar!








terkini, namun tidak benar-benar sedikit (sila gugel translasi kan perkataan berwarna merah kepada bahasa orang putih) gambar buat pengubat kerinduan para kipas susah mati gua. . . maggi gua sudah kembang!