oh oh !

 

oh oh !
oh oh oh ohoho !

diari 48 hari (episod 1.1)

semalas-malas gua berfikir, masa bos gua masuk wad itu hari ada jugak gua fikir macam-macam.yang koman-koman tak payah cerita la kan.ni pasal doktor-doktor pelatih dekat hospital tu.apa pasal kalau tengok dalam drama tv memanjang hensem cantik je doktornya.tak kisah la doktor pelatih terlatih atau yang dah nak pencen pun.semua cukup sifat.itu hari yang gua jumpa doktornya bukan main selebet lagi semua.macam asbestos.dengan muka selebet rambut selebet pakaian selebet.kalau gua yang duduk hospital pun bertambah sakit kena keliling dengan doktor-doktor itu macam.



lagi satu hal gua rasa dah patut sangat lepas ni bebudak sekolah kena belajar bahasa mandarin kantonis hokkien semua siap.mana tak.itu hari jugak gua sebagai anak prihatin tanya-tanya doktor pelatih cina sorang ni apa pasal sama bos gua.direct kot gua tanya.tak ada la pakai bahasa kias-kias ke metafora bagai.boleh dia buat muka dengan gua tak paham gamak gua tanya.lepas tu bagi jawapan pun melalut sepatah apa gua tak paham.permulaan ayat dia jawab tu gua dapat tangkap macam bahasa malaysia sikit.ayat lepas-lepas tu haraaamm.nasib baik ada sorang doktor melayu.kalau tak.haih.gua pulak masuk hospital sakit jiwa.


diari 48 hari (episod 1)

belek-belek.bulan 7 tak ada satu post pun gua buat.padahal sepanjang bulan 7 gua rilek-rilek duduk umah goyang perut.bersawang jugak blog picisan ni.

hujung bulan 6 itu hari gua berhenti kerja.ada kot gua buat post itu hari.lepas tu sama ada kebetulan atau takdir, gua dapat panggilan kecemasan dari emak.emak gua kalau style dia telefon lain macam 'edisi siasat' tu gua memang syak something wrong somewhere i belong.benda-benda famili ni memang buat gua nebes.emak cakap ayah sakit tak boleh bangun.gua saran kat emak bawak ayah pergi hospital tapi ayah degil.lagi gua risau.gua saran lagi kat emak kalau susah sangat telefon ambulans, angkut ayah.masa emak telefon dah malam jadi gua hajat balik esok paginya.tengah malam sikit emak telefon lagi nak bagi tahu ayah dah selamat ke hospital naik ambulans.ok sikit rasa hati,gua terus lelapkan diri.

esoknya gua lincah balik kampung.sampai hospital gua tengok kat luar dah siap ambulans dua bijik.emak kata ayah kena bawak ke seremban.ok.lepas ambulans gerak gua follow dengan mclaren ayah.

Wad 7B, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban

hari pertama.gua tengok bos gua sangat lemah.muka pucat.bibir kering.doktor kata bos gua tu kena jangkitan kuman dalam darah.punca tak dapat dikenal pasti.jadinya, doktor hanya masukkan antibiotik dalam badan dengan harapan antibiotik tu berkesan membunuh kuman.
disebabkan hanya gua mampu mclaren ayah, giliran berjaga di hospital di bahagi sama rata antara emak, adik kurus dan adik gemuk.hari pertama, emak gua tinggal dekat hospital.

hari kedua bos gua masih sama.lemah.tak boleh bangun.tak mahu makan.kata emak baru sesuap bubur, dimuntahkannya balik.antibiotik pula sudah botol ketiga digunakan.kesannya mengambil masa kata doktor.kami tunggu dengan penuh harapan.malam itu emak mahu tunggu di hospital lagi.

hari ketiga gua berulang lagi ke seremban.bawak makan pakai untuk ayah.masih sama.bos gua tak mahu makan.sesuap dua muntah.badan dia lagi lemah dari hari sebelum.itu hari gua tengok banyak kesan cucuk dekat tangan dia.emak cakap tangan ayah dah bengkak-bengkak dek masuk air.sekarang doktor masuk ikut kaki pulak.petang sikit doktor bagi tahu yang salur darah bos gua mula collapse.salur darah bos gua bengkak dan menyempit.jadi antibiotik tak dapat jalan satu badan.doktor-doktor yang kebanyakannya doktor pelatih  mula kerumun bos gua.masa tu pakcik gua cakap dengan doktor.apa yang gua tau diorang cuba masukkan longline iaitu satu salur dari lengan yang terus sampai ke jantung.sebab tekanan darah bos gua rendah dan tak dapat mengepam antibiotik yang masuk ke seluruh badan.masa doktor cuba masukkan longline tu dekat tangan bos, tirai katil ditutup keliling.gua dan famili tunggu luar tak boleh tengok.beberapa kali gua dengar bos gua tempik-tempik doktor.gua risau.dah lama gua tak dengar bos gua tinggi suara itu macam.silap-silap karang bos gua hayun pulak doktor.bila doktor blah gua tengok lengan bos gua lubang-lubang angkara doktor.patutla bos gua maki doktor tadi.sakit amat kot.tak boleh masuk ikut lengan doktor kata nak masukkan longline tu ikut salur darah dekat leher.wow.malam itu adik kurus gua dengan rela hati nak ponteng sekolah esok buat teman ayah kat hospital.jadi gua balik klawang dengan emak dengan adik gemuk gua.

hari keempat bos gua pindah wad 3B.keadaan bos gua agak ok.jumpa kawan-kawan boleh jugak la dia gelak-gelak.tapi dia masih tak boleh bangun dan berjalan.makan pun masih tidak selera.dalam susah-susah hati tu sempat jugak emak bergurau kata ayah berkawan dengan mat rempit sekarang.mana tak nya.wad 3B tu penuh dengan budak-budak muda eksiden bagai.singh sebelah katil bos gua berjahit-jahit muka dia.peh.budak depan katil bos gua pulak kudung jari kaki eh kene potong.tak payah cerita yang besi tercacak dekat kepala la tengkuk la kaki la.seriau gua.lepas ni bawak motor 30km/j.

hari kelima gua dengan adik kurus pakat-pakat pergi terminal 1 nak belikan bos gua seketul henset.bos gua memang tabiat dia tak pernah pakai henset.sejak wujud teknologi telefon boleh masuk poket bagai ni mana ada dia pernah kisah.lagi dia senang hati kalau tak pakai telefon.senang dia nak merayau.haha.patutlah anak-anak pun rajin berjalan.wuu

sampai-sampai hospital petang tu pakcik-pakcik gua dah ada.bos gua dah boleh keluar.pelik jugak gua sebab gua tengok tak ada perubahan pun dekat bos gua.masih sakit.masih tak boleh berjalan.tapi sebab masa gua sampai bos gua dah standby atas wheelchair nak balik gua pun turutkan je la.lagipun bos gua memang tak suka duduk wad.entah-entah beliau yang ugut doktor nak keluar.huu

hari keenam dan seterusnya.bos gua masih kurang sihat.lepas keluar wad, dekat dua minggu jugak bos gua terbaring dalam bilik tak boleh nak bangun.jadi, tugas-tugas harian bos, gua ambik alih.pagi-pagi buta pergi hantar adik gemuk gua sekolah, balik beli sarapan untuk isi-isi rumah yang tinggal, lepas sarapan rehat-rehat pergi pulak bersihkan masjid.balik dari masjid sambung tidur sikit.dapat layan tidur sepam dua lebih-lebih sikit bangun pergi pulak jemput budak sekolah balik.lepas asar pergi lagi masjid setel apa patut.cuma malam je gua tak gantikan bos gua pergi bersidang dekat surau pulak.macam tu la rutin ulang-ulangan untuk dua minggu.memang kebetulan atau hikmah masa tu gua baru berhenti kerja.boleh jugak gua tolong apa-apa patut.kalau gua tak ada kesian la dekat emak gua nak uruskan rumah.

walaupun sedih tengok bos gua macam tu sakit-sakit, tapi ada hikmah gua dapat.masa macam ni baru gua tengok bos gua rehat.bos gua ni belajar tak tinggi.tapi demi nak tengok anak-anak berjaya bos gua kerja kuat.demam-demam, sakit lenguh pun bos gua harung jugak kerja.selalu emak gua marahkan, badan letih-letih pun nak kerja teruk-teruk lagi.dia tak peduli kesihatan dia.yang dia tahu isteri dengan anak-anak dapat apa yang patut.makan pakai cukup.pelajaran cukup.gua dengan bos gua memang tak rapat.nak berborak sakan memang jauh sekali.tapi andaikata tetiba pulak bos gua pandai baca blog bagai terbaca apa gua tulis gua nak dia tau gua sayang sama dia.gua bangga sama bos gua.




bos gua dengan emak gua dating


. . .bersambung


hai

bajet-bajet nak post entry sebelum masuk Ogos.kejar sana sini tadi tup-tup tak sempat.esok pagi-pagi nak balik kampung halaman.jumpe kawan dari kecik, kawan yang sama-sama main counter strike dekat cc waktu sembahyang jumaat.kawan yang sama-sama ponteng puasa minum air tin F&N oren bawah jambatan.kawan yang sama-sama pergi library buat port dating dengan awek.kawan yang sama-sama main kereta tamiya dekat longkang belakang sekolah masa kelas KAFA.kawan yang sama-sama pergi ceroboh kawasan PIBG sebab nak main mata air sambil menangguk ikan emas.besok kawan tu nak berangkat ke Johor atas tuntutan kerja.haih.tak apa bro.esok gua balik kita sarap dulu kat kedai no lapan.

ah sudahla.mata, marilah tidur.letih hari ini.macam-macam jadi.kalau ada yang terasa hati.pasal apa pun la.pasal entry ni ke minta maaf la banyak-banyak.

...untuk kesekian kali aku pasrah dengan hidup.