kronologi berak keras

"..sabarla brader.lepas hujan ribut taufan puting beliung mesti ade pelangi punye.."

berak keras akibat tertekan.kena tekan lagi boleh berak berdarah.

berak keras aku hari ni.

*keluh . .

berak keras terjadi akibat tak berak seharian.walaupun makan tengah hari tadi boleh buat makan untuk 3,4 hari.
kerana apa tak berak pada pagi hari?kerana organ berak terkejut pagi tadi.seraya isi perut yang disumbat pada malam sebelumnya terbiar di dalam merajuk tak mahu keluar.mungkin bukan merajuk tak mahu keluar.tapi..selera nak mengeluarkan tu tak ada.

*rumit.

pagi tadi di kesibukan orang berlumba ke tempat kerja, awak pulak berlumba-lumba sampai tersondol bontot kereta orang.nasib baik mangsa sondol bukan BMW siri 3/5/7 atau mersidis atau audi a4/a3/a2/a1/a0.kalau tak mau kerja 4,5 bulan tak ada gaji.menyondol kereta orang punye pasal seharian organ perut merajuk.haih.

kadangkala ada rasa macam putus asa dengan hidup.
apa definisi putus asa dengan hidup?malas nak hidup dah?
lepas jatuh ditimpa tangga sekali tak apa.kalau hari-hari kena timpa tangga..hari-hari jatuh,kena timpa tangga.esok jatuh,kena timpa tangga.apa aku mengarut.

rasa dunia macam tak adil.bila mana kau dah berusaha sedaya upaya tapi tetap tak berjaya.usaha macam nak mati memang hampir-hampir mati jadinya.usaha ala kadar memang tak dapat hape.habuk pun tak ada.tapi tengok orang lain tak pulak.duduk rilek goyang kaki,buta mata pekak telinga, tapi apa idam apa hajat senang-senang dapat.mula kau persoalkan ketidak adilan dunia pada kau.

tapi . .

pernah kau persoalkan pada diri sendiri, adakah kau dah berlaku adil pada dunia?pada tuhan yang menciptakan dunia?pada tuhan yang memberi segala nikmat yang kau ada selama ni?

sila persoalkan sekarang.rasa macam nak berak lagi.duh~

kah kah kah !

he he he

hidup tak lah sekejam mana.
lepas satu satu masalah datang lagi masalah.
bila dah selalu sangat bermasalah kau akan lali.jadi kebal.macam kebas.
tapi orang kata kau hati kering.tak ada perasaan.
he he he.
bercakap tak pandai.menulis pun bodoh.berfikir pun lembab.nak buat macam mana?
susah susah tak payah jadi orang la.

renungan hari ini

"Wedding is only a door to the marriage house. Why should we
 spent a lot of money to decorate the door so beautifully, when the
 inside of the house is then left empty, dark and unattractive?"


aku tertarik dengan ayat di atas.aku quote dari sebuah blog yang mana penulis membincangkan dan memberi satu situasi kenapa orang kebanyakan di malaysia kini kahwin pada usia yang agak lewat.bukan semua tapi boleh dikatakan majoriti.ada betulnya apa yang penulis ceritakan.terutamanya mengenai masyarakat kita yang selalu tak nak kalah dalam berbelanja, terlalu mementingkan apa yang orang kata tapi selalu lupa dengan apa yang Allah kata, dan yang terlalu mementingkan luaran dari pengisian sesuatu benda.nak baca boleh klik sumber kat atas.malas la aku nak tulis lagi kat sini semua benda.renungan bersama untuk hari ini.

sepuluh sepuluh sepuluh

aku tak pasti apa yang aku buat

Ada apa dengan 10.10?lagi-lagi 10.10.10?bagi kebanyakan orang tarikh sebegini bukanlah apa-apa.kerana pada mereka ia hanya sekadar tarikh semata.bagi aku 10.10 tarikh yang penting.10.10 ialah tarikh lahir emak aku.tapi.untuk 10.10.10, aku tak berada di sisi emak di saat hari istimewa beliau.bukan aku tak mahu.mungkin aku sengaja mungkin juga aku tidak sengaja.mungkin aku ada sebab sendiri.kenapa ada mungkin?selamat hari jadi emak!  *keluh

* * *
aku mempertaruhkan masa depan aku dengan meninggalkan senibina.bidang yang aku abdikan tiga tahun usia aku untuk mendapat sekeping ijazah (selalu orang guna segulung ijazah.ijazah kau orang dia bagi gulung ke? ) aku beralih arah berpaling tadah ke bidang seni reka 3D. Di mana jika dibandingkan dengan pangkat Arkitek yang mungkin aku boleh capai tidaklah sehebat mana.jangan dibanding lah gaji dengan arkitek.memang jauh bezanya.tapi aku pilih jalan ni sebab itu apa yang aku nak buat.ringkas.
aku perlu kerja.semua orang perlu kerja.tapi aku tak perlu kerja yang aku tak suka.mungkin orang kata aku tidak matang.berfikiran pendek.kebudak-budakan.tapi itu orang kata.aku peduli apa orang kata.

"kau tak nak sambung belajar lagi?sambung part 2.kau tak nak jadi arkitek?rugilah 3 tahun kau belajar susah-susah, berhabis duit, last-last ko kerja bidang lain"

persetan!

hidup ini trial and error.kau dan kita semua adalah pelajar dalam kehidupan.yang penting kau kena tetapkan tujuan.dan kedua ambil tindakan.dan kau juga kena berani.berani berjalan di laluan yang tak ramai orang berani cuba.bukanlah maksud aku kau jalan-jalan kat town, ikut shortcut lalu belakang bangunan tempat sunyi last-last kena pau dengan kutu dadah/mat-mat indon lepas tu salahkan aku sebab suruh kau buat macam tu.itu bodoh tak boleh di ajar namanya.cuba-cuba jadi cerdik sikit.bodoh tu simpan-simpan jangan tunjuk.

aku punya visi dan misi tersendiri.biarlah apa orang nak kata sekalipun.mulut manusia.dah kering air liur nanti senyaplah.apa yang penting, kerjasama!apa yang penting aku kena yakin dengan apa yang aku pilih.semua terletak pada diri sendiri.motivasi diri perlu kuat.nak capai sesuatu kau mesti korbankan sesuatu.kau tak akan dapat semua yang kau nak.realiti tak seindah sesempurna cerita dongeng mahupun drama tv.duit kau banyak keluarga kau tak bahagia.kau papa kedana tapi kau ada keluarga yang sempurna.setiap satu kekurangan di ganti dengan satu kelebihan.itu yang membuatkan dunia ini seimbang.

hidup kena terus ke depan.mana ada gear reverse.kalau ada semua orang mesti dah patah balik ambil apa yang diorang tertinggal kat belakang.tak gitu?

 pagi-pagi dah ter-serius.

cehwah!

untuk apa lu kerja?
berkiblatkan apa lu kerja?

untuk gaji besar?
hidup senang?
untuk kaya?

duit berkepuk belum tentu hidup lu tenang.
lu tak berduit belum tentu hidup lu tak bahagia.

kenapa peduli apa orang kata?

itu lumrah manusia.
tidak sebulu dengan mereka, bersedialah untuk dikata.
butakan mata pekak kan telinga.
letih mulut berhenti juga.

janji lu jalan terus ke depan.
jangan pandai-pandai jalan mengundur kebelakang.

cehwah!

seorang pelupa juga insan biasa

A : "woit..gua mintak maaf pasal rembat awek lu itu hari.lu maafkan gua eh"

B : "oh!"

. . . .  ( sunyi )

B : "mintak maafla.gua pun tak ingat"

punk is dead.

serius-li shit.

punk is dead.keh keh keh.
tadi gua kerja.keh keh keh.
hari pertama kerja.keh keh keh.
selepas 3 bulan tak kerja.keh keh keh.
ada sedikit gembira rasanya.keh keh keh.