hai.saya ***.umur 18 tahun.

" muke dah la macam budak kecik. lepas tu bajet macam mafia.huh! "




ish.muka punyalah 'matured'.berseri-seri.berwawasan.penuh visi.macam ni pun orang kata mcam budak kecik?kah kah kah.




hujan itu rahmat

hujan itu rahmat.tahu?bagus..tapinya..kita.manusia yang tak pernah puas.yang mudah lupa dan leka.selalu merungut bila hujan turun.malahan ada yang melabel musim hujan ini sebagai suatu yang tidak bagus.sebagai cuaca buruk misalnya..selalu la yang merungut jemuran tak keringla, tak boleh ke sana sini la, tak boleh nak buat kerja sebab hujan la.itula manusia.

tapi kita lupa.atau buat-buat lupa?bukan setakat menyubur tanaman petani, membersih udara tercemar, menyejuk alam sekeliling.bah kan dilimpahkan rahmat tuhan ke sekelian alam apabila hujan.sebab itu nabi pernah berpesan bahawa apabila hujan, mustajab segala doa.insyaallah.betulkan jika aku salah.dan oleh itu apa kata mulai saat ini kita gantikan bebelan tu semua dengan doa.

Allahumma syaiyiban nafi’a” (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

renung-renungkan.dan selamat berdoa.

itu pasal rahmat hujan.cerita hujan yang lain.bertambah nikmatnya hujan ini apabila lepas kau berhujan atas motor meredah sesak lalu lintas dan selamat pulang ke rumah, kau mengharapkan sesuatu yang baik akan berlaku . . . . . . . .dan ia berlaku . . . 







keh keh keh . . dengan keserian tersebut makanya terklasemen la menceste di dalam liga. keh keh keh.
tidur mengangkang ke menonggeng malam ni? ha ha ha

tak ada tajuk.

jarang-jarang gua singgah blog sekarang.tak habis-habis lagi masaalah dunia.dan memang tak akan pernah habis.makanya...terus melangkah ke depan.

bulan november tahun ni penuh drama.ada cerekarama, ada sinetron ada hindustan.

awal bulan. lima haribulan. yang sambut deepavali sibuk buat 'kolam' pasang pelita buat muruku bagai.
yang sambut hari jadi pulak tak nak kalah. awak dahla kulit lebih kurang mapley. orang tengok awak happy semacam bantai orang kata awak eksaited terlebih nak sambut deepavali.haha. 

tapi dalam seronok-seronok, aku lupa aku alpa.aku lalai aku cuai.aku ingat itu hari semua temtang aku.tapi aku silap. sekelip mata tuhan bagi pengajaran kat aku. sungguh.aku sangat terkesan hari itu. sepanjang 3 hari aku diselubung rasa bersalah yang amat. aku menyalahkan diri. meletakkan segala tanggungjawab ke atas diri sendiri. padahal tak ada satu umat manusia pun yang menuding jari kepada aku. aku terlalu berprasangka masa tu. sangat berprasangka. mujur.ayah, adik kurus dan gadis sentiasa mengingatkan aku bahawa semuanya qada' dan qadar dari tuhan. semua yang terjadi hanyalah sebagai asbab.
seminggu berselang baru aku tenang. walaupun masih terkenang. segala kejahilan aku. tapi lama baru aku sedar. tentang semua pengajaran dari tuhan. semua dugaan. terutamanya kematian. semoga ia menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

sebelas haribulan.genap lima tahun aku dengan gadis.lama.memang lama. alhamdulillah syukur kepada tuhan. semoga perhubungan ini di berkati dan tidak tersia. tak pandai aku meluah perasaan pada umum bab-bab begini. pada gadis pun begitu. mungkin doa berikut mencerminkan bagaimana rasa aku.

Ya Allah, seandainya engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
...satukanlah hatinya dengan hatiku,
Ya Tuhan Maha Mengasihi,
seiringkanlah kami melayari hidup ini,
ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah, seandainya telah engkau takdirkan,
dia bukan milikku,
bawalah ia jauh dari pandanganku,
luputkanlah ia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,
berilah aku kekuatan,
melontar bayangannya jauh ke dada langit,
hilang bersama senja nan merah,
agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama
dengan dirinya.

Ya Allah Ya Tuhanku,
pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan,
adalah yang terbaik buatku,
kerna Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik
buat hamba-mu ini

Ya Allah yang tercinta,gantilah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
jika dia bukan ditakdirkan untuk diriku
berikanlah aku insan yang lebih baik
jika dia bukan jodohku

Ya Allah,cukuplah engkau sahaja
menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini
jangan engkau biarkan aku sendirian
di dunia mahupun diakhirat
jauhkanlah aku dari terjurus ke arah
kemaksiatan dan kemungkaran

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai
dan kurniakan kepadaku keturunan
yang soleh dan solehah
berilah kami kebahagiaan hidup
di dunia dan di akhirat


kurik kundi merah saga.kurik kundi tak tau apa,yang merah itu MU

Menceste memang lahanat.time-time gua tengok tak nak plak diorang skor tujuh bijik.jangan kata tujuh.sebijik dua pun macam nak buasir tunggu.ini malam time-time gua sedap beradu waktu-waktu hujan sejuk selamba dia tapau team kawan tu sampai tujuh.cilakak.emosi gua.

 "aku terbang..aku terbang.."
malam ni menjadi betul brader ni.lima bijik dia sorang je tala.tamak.tamak.

 kebanggaan asia.sepet-sepet pun bulih laie la skor.
menyesal turutkan hawa nafsu tido tadi.ish.

sumber gambar : http://www.premierleague.com

gelang sakti

kalau lah gelang ajaib AC Mizal boleh kasi kemas kepala hotak gua yang serabut dua tiga menjak ni memang konpem gua dah beli 5,6 utas.apa ada hal ribu riban pun.kah kah kah..

haih...melayu-melayu..

mati itu pasti

Al-Fatihah.

jam 11:20 pagi, 8 Nov 2010.Pak ngah telah selamanya pergi.semoga rohnya dicucuri rahmat.terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan beliau.hanya tuhan mampu membalas jasa baik kalian.

5 Nov 2010.sungguh aku  terkesan.

bagai anjing dengan bayang-bayang

"‎..orang yang tidak cukup dengan yang sedikit..pasti tidak akan puas dengan yang banyak..."
                                                                                                                  
                              - Hakim Ahmad

Tolong aku kawan-kawan.

kepada kawan-kawan yang aku kenal, kawan-kawan yang kenal aku, kawan-kawan yang baca tulisan aku, dan 14 orang kawan-kawan yang follow blog aku.mohon jasa baik kawan-kawan untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan dan keselamatan pak ngah aku yang sedang koma di hospital seremban akibat pendarahan otak.segala jasa baik dan doa kawan-kawan itu aku dahulukan ucapan terima kasih.hanya tuhan mampu membalas.terima kasih kawan-kawan.

Panjangkan Usiaku

" Usia umpama harta..
bukan banyaknya jadi perhitungan
tetapi keberkatannya.
harta yang berkat, sedikit mencukupi, 
banyaknya boleh diagih-agihkan.
begitulah usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, 
panjangnya melimpahkan kebaktian "

hitam putih


aku hitam, kau putih

nice

i've spoiled my own birthday suprise.

damn nice.

Khairul Azam

sekarang dah masuk november.sedar tak sedar dah hujung 2010.sangat sekejap masa berlalu.apa kemajuan aku dah capai setakat ni?tak ada.masih rutin hari-hari yang biasa.makan tidur.keje pagi petang sampai malam.hujung minggu melepak berjimba menghabiskan masa menghabiskan duit.menganggur 2,3 bulan.kerja balik macam biasa.kembali berjimba menghabiskan duit.itu je aku rasa apa aku capai untuk 10 bulan dalam tahun ni.

mana pergi perancangan aku untuk masa depan?mana perancangan nak memajukan diri ke depan?yang maju ke depan cuma perut je.yang lain hampeh.

aku sangat bercita-cita nak mencapai kebebasan kewangan dan masa.tapi yang aku ada hanya angan-angan.perancangan dan tindakan aku lemah.terlalu banyak setan yang bergayut dekat serata badan.bila nak mula sesuatu mula la datang rasa malas rasa lemah.sampai bila?

tolong siapa-siapa basuh otak aku?

tiada kata secantik bahasa

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak ku tunjuk perasaan

Oh... dinda puspa gemala
Mengharum jiwa

Oh... dinda puspa gemala
Mustika kanda...

Walau musim berubah
Suasana bertukar
Tapi ikatan mesra
Sikit pun takkan longgar

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda