senarai kepingin bahagian 2

tahukah konco-konco sekalian, waktu paling cargas otak manusia berfikir adalah waktu membuang hajat. setuju?

sedang sedap layan berak tadi baru aku teringat beberapa perkara dan benda yang aku kepingin lagi. time-time berak je baru nak ingat. time lain lupa.

pertamanya. kepingin betul aku nak belajar alat musik ketuk-ketuk ni. kalau gitar tu sudah tipikal. sudah tidak rare. budak sekolah pun boleh main gitar upload dekat tiub-u. bukanlah maksudnya aku nak mencuri perhatian dengan menjadi lain dari lain. cuma kepuasan nya berbeza. itu yang aku cari. maka nya. akan aku cuba ketuk alat ini suatu masa nanti.


keduanya. motif gambar beg. bukan bermakna aku nak beli beg. tapi aku ingin merasa pengalaman backpacking. merayau ke negeri orang. melihat manusia dan kehidupan. di persekitaran berbeza. mungkin dengan ini aku akan lebih mensyukuri nikmat yang ada.

ketiganya. dalam jangka masa pendek mungkin. aku kepingin kan sebuah kamera analog seperti di atas. boleh juga meneman ketika mengembara ye dak? kalau sudah ada android super, tak perlu lagi kamera kompak. jadi. mari ber'analog'!


keempat. mestilah mahu menghapuskan lebihan-lebihan perut yang melimpah-limpah kiri dan kanan. oleh itu kena amalkan gaya hidup sihat mulai sekarang. banyakkan bersenam dan makan sayur. erkk. taugeh bukan sayur kan?

dan yang akhirnya . .






suatu masa nanti mahukan sebuah kaca mata hitam Rayban asli berserta power rabun!barulah boleh memandu di kala terik dengan bergaya.tapi ini lebih kepada nafsu. tak mampu kot nak berhabis ratusan untuk kaca mata. mungkin yang ini boleh masuk senarai kepingin hantaran kahwin nanti. ok gadis?keh keh keh.


Selamat Tahun 2011

Selamat tahun baru 2011 kepada konco-konco yang setia sekalian.

apa kes dah nak masuk bulan Mac 2011 baru nak update blog baru nak ucap selamat bagai?gila lambat loading.kah kah kah

dalam kepala ada banyak idea positif untuk 2011 ni.sebenarnya dari 2010 lagi dah ada idea-idea tu.tapi yang menjadi penghalangnya fizikal ni yang tak selalu positif.yang kemudian nya merasuk kepala supaya negatif sama.lagi satu.perihal persekitaran.juga membantutkan tumbesaran idea-idea positif ni.dengan nada serius aku menyatakan aku perlu anjakan paradigma.aku perlukan persekitaran yang lebih kondusif untuk idea-idea ini berkembang biak seeloknya.tapi tak dapat aku cari alasan sesuai untuk itu.atau, aku tak perlukan alasan sebenarnya?tak perlu alasan untuk berubah bukan? *keluh

persekitaran yang sama membuat seseorang untuk jadi statik.selesa dengan suasana dan sebagainya membuat seseorang jadi tepu dan buntu?seseorang itu aku.nah lihat saja permulaan 2011.terlalu lama rasanya masa di biar untuk aku menconteng di sini.

berikan aku pendapat.bagaimana nak mengasingkan buah yang busuk dari yang elok?atau untuk tidak buah yang busuk berjangkit pada yang elok itu?cantas yang busuk keluar atau petik keluar buah yang elok? *runsing

ok.sebagai entri tipikal tahun baru (walaupun sudah tidak baru) mesti ada senarai hajat dan azam bagai.

sebagai permulaan 2011 aku dah tunaikan satu hajat aku.kenalkan isteri baru, nombor dua.bibah namanya.gadis masih lagi nombor satu.jangan risau.

pemilikan bibah ni memang sesuatu yang tak dijangka.jadi macam tu je.rasa tu dah lama rasa.rancangnya je tak ada.tup tup jadi.alhamdulillah

untuk tahun ni aku kepingin kan sebuah komputer super dengan spesifikasi super.tidak semestinya iMac.PC dengan i7 pun boleh.tapi yang pasti mesti super!supaya boleh aku laksanakan impian aku.tapi lagi.perlu usaha lebih keras nak menabung 4,5k?tabung apa yang tak boleh korek balik?
ini bukan saudara mara teletubbies atau wonderpet.kepingin yang ketiga untuk tahun ini adalah sebuah android canggih dengan kamera super.dari tahun lepas kepingin.tapi dek macam-macam yang di perabiskan duit terpaksa bawak ke 2011.kene menabung lebih lagi jawabnya.


antara projek yang sedang aku usahakan adalah untuk memiliki sebuah blog design.sub-design apa , jadi atau tak jadi tu kena tunggu dan lihat.


2011 aku kena lebih fokus dalam mengumpulkan harta.demi masa depan yang gemilang.bukan setakat harta dunia semestinya.harta akhirat kena ingat juga.nanti-nanti nak jadi imam pulak ye dak.dada kena la berisi.untuk jangka masa terdekat, aku perlukan . . . . 


rasa nak berbisnes sendiri tu dah lama ada.jalan nya tak nampak dan selalu buat-buat tak nampak.nampak gaya kena cari share partner supaya lebih termotivasi.gadis amcam?nak jadi share partner?untung kita bahagi 60-40.keh keh keh.tapi serius tahi kena cari side-income.kalau tak macam mana senarai kepingin ni semua nak tercapai ye dak?


oh.yang ini semestinya nafsu.dah lama mengidamkan sebuah vans slip-on yang simple macam ni.tapi dah mencari merata tak jumpa lagi.kasut yang sedia ada dah dekat 3 tahun usia.dah ada tanda-tanda kedut dan merekah.kena bersedia ye dak?banyak pulak guna ye dak kenapa ye dak?keh keh keh.

yang ini bukan untuk tujuan melempiaskan nafsu okeh.yang ini keperluan yang serius.tilam sekarang dah hampir expired date dia.dekat 4 tahun pakai.dah sama nipis macam selimut dah.punye tak sedap nak tidur.kah kah kah.ok yang ini kena angkut dengan kadar segera.


rutin harian dan persekitaran yang statik tidak dinamik membuat aku tepu sehari-hari.dinamik.itu yang aku perlu dalam hidup.aku perlukan sesuatu yang kick-ass.aku dah letih menjadi biasa kerana aku selalu terbatas dan membataskan diri dengan macam-macam benda sampai aku mensia-siakan peluang-peluang yang ada sebelum ni.ada banyak benda yang aku kena cuba.benda-benda baru.aku tak nak dah tua nanti aku akan menyesali kebiasaan hidup yang aku jalani.

ok.cukup-cukup dah gamaknya.nak pergi cari sponsor siapa nak belanja aku malam ni.sehingga kemudain ya konco-konco sekalian!





tak sangka bosan duduk sorang-sorang dalam rumah membolehkan aku menghasilkan entri pertama 2011 dengan jayanya.nampak gaya aku kena duduk dalam gua sorang-sorang baru otak cargass!