MRR2x - Malapetaka Ringan-Ringan 2kali

8hb Februari 2010
hari yang tenang.kerja banyak tapi semua dapat siap on time.lapang dada jugak.tapi yang tak best masa balik jalan sesak yang luar biasa.bayangkan dari Ampang ke Bandar Tasik Selatan kereta lori bas basikal motorsikal teksi jentolak jembalang semua bergerak sedikit-sedikit sahaja.dalam kepala memang dah saspek ada malapetaka berskala besar terjadi di laluan berkenaan.kemalangan bas dengan lori tanker mungkin.bertemankan tenggiling putih mutiara kesayangan aku  susuri jalan Lingkaran Tengah Dua menghala ke selatan dengan perlahan.tiada keberanian untuk mencelah-celah di antara kenderaan dengan kelajuan penuh.silap hari bulan boleh merasa makan nasi dengan straw.lepas sahaja beberapa meter dari susur keluar ke Taman Connaught trafik kembali lancar.pemandu dan penunggang kenderaan sekalian apa lagi.tekan dan pulas pedal minyak semahu-mahunya.kiri kanan berdesup kereta motor lori bas teksi jentolak jerangkung semua.macam dah tak ada hari esok.macam dah tak sabar nak sampai rumah sebab nak memerut.macam haram.sampaikan suatu kejadian hampir terjadi.tapi tak terjadi.hampir.seorang kafir laknat memandu Wira BGN 1971 (rasanya) hampir meragut kesucian tenggiling putih aku yang sekaligus mungkin meragut nyawa aku.si kafir itu terlupa agaknya bahawa kereta proton wira buatan malaysia itu mempunyai fungsi lampu signal cermin pandang sisi dan juga cermin pandang belakang.atau hipotesis lain si kafir laknat tak sunat itu buta mata.sementelah itu si kafir tersebut telah dengan senang hati menukar laluan tanpa mempedulikan kewujudan aku dan tenggiling di sebelah.cilaka.maka bergeselanlah badan proton wira itu dengan tenggiling aku.terkamjat aku.nasib baik...

nasib baik 1 - bukan kali pertama aku melalui peristiwa sedemikian dan langkah pencegahan jatuh-dari-motor-dan-digilis-treler sempat dipraktikkan..Alhamdulillah
nasib baik 2 - ketika kejadian sepatu yang disarung di kaki ialah sepatu buaya pasar malam yang bahan mentahnya memang diketahui umum sangat lembut dan selesa dipakai ke hulu ke hilir tetapi tidak sesuai digunakan untuk melepas geram.kalaulah.kalau..pada masa terjadi pergeselan itu kaki ini bersarung but keselamatan yang bahagian depannya berlapikkan besi memang sudah aku shoot se-das dua pada kereta itu.

berderau juga darah muda aku seiringan dengan meningkatnya paras hormon adrenalin dalam badan.dan bagai menyembur ridsect ke arah api yang menyala apabila melihat reaksi muka si kafir itu yang sungguh bersahaja langsung tiada tanda rasa bersalah.macam yang dilanggarnya tadi tu bukan manusia yang berhak mendapat permohonan maaf.atau sekurangnya melambaikan tangan isyarat kemaafan.atau memberi sedikit reaksi yang dia menyedari apa yang terjadi.cis.setan.aku?tarik nafas.pulas pendikit minyak sepenuhnya dan pergi ke sebelah proton wira itu sambil memberi salam perkenalan jari tengah.tamat.

__________________________

makan malam hari ini ditaja oleh gadis aku di sebuah restoran ala thai di bandar baru bangi.syeksen 7 rasanya.dekat-dekat restoran Urat Keting kalau tahu.menu santapan malam ini ialah semangkuk tom yam ayam,sekeping telur dadar dan beberapa ekor udang goreng dengan tepung.kalu tidak mahu juga santap kerapu 8 rasa.apakan daya kerapu di sini saiz semua 3kaliXL.takut nanti berkawan dengan setan membazir tak habis.maklumlah.aku dan gadis masing-masing berperut kecik.ehem.

bersukan bagus untuk kesihatan.terutama untuk paru-paru yang sedang menyucikan diri dari tar dan nikotin.yang tak bagusnya kalau bersukan dalam setahun hanya 3,4 kali.apabila terjadi atau berlangsungnya aktiviti sukan tersebut maka akan terhasil satu fenomena di mana seluruh otot badan menegang dengan pesat membuatkan empunya badan perasan badannya tough.walhal.perasaan otot menegang itu akan disusuli dengan kesengalan seluruh badan.akibatnya.berjalan kengkang lah kamu untuk beberapa ketika.cis.tapi..



ameltz yoko yoko meresap jauh ke dalam untuk melegakan kesengalan otot dan kepala anda!



mujarab.dapatkan di pasaraya berhampiran.ini aku tengah tonyoh benda alah yoko-yoko tu dekat pinggang.nice.

__________________________

9hb Februari 2010

pagi sampai petang tak ada apa untuk cerita.rutin harian biasa.kerja.kerja.kerja lebih masa.gila.
balik agak lambat.jam 10:20 malam baru sentuh kad pekerja pada mesin-merekod-keluar-masuk-pekerja.keluar pejabat hujan lebat.nice.lepak gerai burger pekena burger daging istimewa dengan milo ais.habis makan habis sendawa hujan pun berhenti.alhamdulillah.boleh balik ke pangkal jalan.jam sudah 11 malam.tapi jalan lingkaran tengah 2 masih sesak dengan kenderaan.ah.persetan.redah sahaja.perlahan aku dan tenggiling menyusur jalan pulang.kalau semalamnya aku berkenalan dengan kafir laknat mata sepet makan khinzir malam ini seekor lagi aku kenal.kali ini tertuduh memandu toyota vios yang tak sempat dikenal pasti no pendaftarannya.tertuduh dengan murah hati bagi aku mandian percuma ala Rainforest Splash Pool Genting cuma yang ini versi air lopak-lopak jalanan.sial.tanpa sedikit pun timbang rasa di lenjannya kawasan berlopak tu dengan kelajuan 80 km/j.aku dan tenggiling di sebelah memang sah-sah la kena siram macam tu.sial lagi.kali ini tak sempat nak kejar.sempat hon 8 das sahaja.lagi sekali sial.

__________________________

10hb Februari 2010
malam tadi komputer buat perangai lagi.kali ini dia dok restart,restart,restart dan restart lagi.sampai lebam.lebam mata berjaga menunggu dia restart.hipotesis dibuat bahawasanya sistem operasi komputer telah 'kurap'.cis.penyelesaian.masuk CD Windows 7 Ultimate.set Boot device priority to CD-ROM.format C:.install baru.kahkahkah.tapi.cilaka.tak boleh nak install.ada fail hilang atau 'kurap'.berkemungkinan cakera kerasnya pula bermasaalah.cilaka lagi.kesudahannya komputer tersadai tanpa sistem operasi dan aku tersadai atas tilam angin sambil berdengkur.nice.



3 hari punye cerita sekali henjut.nah.baca nak sangat.nak pergi pasar malam lepas kerja.belanja gadis kek coklat basah.

0 maki hamun:

Post a Comment