semulia-mulia pekerjaan

'menganggur menjadi kerjaya idaman setiap lelaki apabila tibanya piala dunia'


banyaknya masa terluang pada hari kedua menganggur membolehkan gua memodifikasi rupa muka blog picisan ini menggunakan template yang sedia terdapat di laman sesawang seantero dunia.aplikasi warna-warna terang dan menarik perhatian menjadikan template Fancy dari deluxe templates terpilih untuk menghiasi rupa muka blog picisan gua.idea asal nya adalah untuk mengaburi mata pengunjung blog bahawa tuan tanah adalah seorang yang ceria walhal beliau serius orangnya.sila percaya..

begitu juga dua ikon comel di atas.diambil dari laman sesawang, kehadiran mereka adalah juga untuk sekali lagi mengaburi mata pengunjung blog bahawasanya tuan tanah seorang yang comel, fun, adorable, lovable dan kelakar-kelakar gitu padahal beliau seorang pembengis dan tidak boleh di bawa bergurau.jangan ketawa..


motif sebenar, idea asal dan konsep rekabentuk tak dapat dijelaskan kerana sememangnya gua buat semua ni tanpa motif.saja-saja main photoshop sebab sejak di install dalam pc ni baru dua kali gua guna.haha.dah berhenti kerja ni la baru ada masa nak godek sanan sini.selalu masa kerja balik dah malam-malam dah letih terus tidur bangun pagi pergi kerja balik dan ulang ulang ulang sampai hari jumaat.sabtu ahad pulak sibuk bersosial dengan gadis dengan kawan dengan keluarga.isnin dah ulang balik rutin kerja.yang best hanya masa rehat pukul 1 sampai 2 dengan hari gaji se-ofis sahaja.tapi gaji ni pun bukan tentu nak masuk bila.kalau dia buat tebiat tengah bulan depan baru masuk.ada la sekali dalam setahun ni gaji masuk awal.orang kerajaan tak shopping lagi gua dah shopping.tu pun tebiat juga.

secara rasminya gua dah menganggur sejak semalam.jadi,siapa-siapa ofis dia ada nak pakai orang helo-helo la gua.gaji minimum 4000 gua terima.kurang 4000 cakap dengan bos jangan mimpi nak dapatkan tenaga kerja dan khidmat gua.jangan menyesal.

1 maki hamun:

Anonymous said...

xleh bla..kmu memang perasan yg amat..

Post a Comment