sepuluh sepuluh sepuluh

aku tak pasti apa yang aku buat

Ada apa dengan 10.10?lagi-lagi 10.10.10?bagi kebanyakan orang tarikh sebegini bukanlah apa-apa.kerana pada mereka ia hanya sekadar tarikh semata.bagi aku 10.10 tarikh yang penting.10.10 ialah tarikh lahir emak aku.tapi.untuk 10.10.10, aku tak berada di sisi emak di saat hari istimewa beliau.bukan aku tak mahu.mungkin aku sengaja mungkin juga aku tidak sengaja.mungkin aku ada sebab sendiri.kenapa ada mungkin?selamat hari jadi emak!  *keluh

* * *
aku mempertaruhkan masa depan aku dengan meninggalkan senibina.bidang yang aku abdikan tiga tahun usia aku untuk mendapat sekeping ijazah (selalu orang guna segulung ijazah.ijazah kau orang dia bagi gulung ke? ) aku beralih arah berpaling tadah ke bidang seni reka 3D. Di mana jika dibandingkan dengan pangkat Arkitek yang mungkin aku boleh capai tidaklah sehebat mana.jangan dibanding lah gaji dengan arkitek.memang jauh bezanya.tapi aku pilih jalan ni sebab itu apa yang aku nak buat.ringkas.
aku perlu kerja.semua orang perlu kerja.tapi aku tak perlu kerja yang aku tak suka.mungkin orang kata aku tidak matang.berfikiran pendek.kebudak-budakan.tapi itu orang kata.aku peduli apa orang kata.

"kau tak nak sambung belajar lagi?sambung part 2.kau tak nak jadi arkitek?rugilah 3 tahun kau belajar susah-susah, berhabis duit, last-last ko kerja bidang lain"

persetan!

hidup ini trial and error.kau dan kita semua adalah pelajar dalam kehidupan.yang penting kau kena tetapkan tujuan.dan kedua ambil tindakan.dan kau juga kena berani.berani berjalan di laluan yang tak ramai orang berani cuba.bukanlah maksud aku kau jalan-jalan kat town, ikut shortcut lalu belakang bangunan tempat sunyi last-last kena pau dengan kutu dadah/mat-mat indon lepas tu salahkan aku sebab suruh kau buat macam tu.itu bodoh tak boleh di ajar namanya.cuba-cuba jadi cerdik sikit.bodoh tu simpan-simpan jangan tunjuk.

aku punya visi dan misi tersendiri.biarlah apa orang nak kata sekalipun.mulut manusia.dah kering air liur nanti senyaplah.apa yang penting, kerjasama!apa yang penting aku kena yakin dengan apa yang aku pilih.semua terletak pada diri sendiri.motivasi diri perlu kuat.nak capai sesuatu kau mesti korbankan sesuatu.kau tak akan dapat semua yang kau nak.realiti tak seindah sesempurna cerita dongeng mahupun drama tv.duit kau banyak keluarga kau tak bahagia.kau papa kedana tapi kau ada keluarga yang sempurna.setiap satu kekurangan di ganti dengan satu kelebihan.itu yang membuatkan dunia ini seimbang.

hidup kena terus ke depan.mana ada gear reverse.kalau ada semua orang mesti dah patah balik ambil apa yang diorang tertinggal kat belakang.tak gitu?

 pagi-pagi dah ter-serius.

0 maki hamun:

Post a Comment