Khairul Azam

sekarang dah masuk november.sedar tak sedar dah hujung 2010.sangat sekejap masa berlalu.apa kemajuan aku dah capai setakat ni?tak ada.masih rutin hari-hari yang biasa.makan tidur.keje pagi petang sampai malam.hujung minggu melepak berjimba menghabiskan masa menghabiskan duit.menganggur 2,3 bulan.kerja balik macam biasa.kembali berjimba menghabiskan duit.itu je aku rasa apa aku capai untuk 10 bulan dalam tahun ni.

mana pergi perancangan aku untuk masa depan?mana perancangan nak memajukan diri ke depan?yang maju ke depan cuma perut je.yang lain hampeh.

aku sangat bercita-cita nak mencapai kebebasan kewangan dan masa.tapi yang aku ada hanya angan-angan.perancangan dan tindakan aku lemah.terlalu banyak setan yang bergayut dekat serata badan.bila nak mula sesuatu mula la datang rasa malas rasa lemah.sampai bila?

tolong siapa-siapa basuh otak aku?

0 maki hamun:

Post a Comment