tak ada tajuk.

jarang-jarang gua singgah blog sekarang.tak habis-habis lagi masaalah dunia.dan memang tak akan pernah habis.makanya...terus melangkah ke depan.

bulan november tahun ni penuh drama.ada cerekarama, ada sinetron ada hindustan.

awal bulan. lima haribulan. yang sambut deepavali sibuk buat 'kolam' pasang pelita buat muruku bagai.
yang sambut hari jadi pulak tak nak kalah. awak dahla kulit lebih kurang mapley. orang tengok awak happy semacam bantai orang kata awak eksaited terlebih nak sambut deepavali.haha. 

tapi dalam seronok-seronok, aku lupa aku alpa.aku lalai aku cuai.aku ingat itu hari semua temtang aku.tapi aku silap. sekelip mata tuhan bagi pengajaran kat aku. sungguh.aku sangat terkesan hari itu. sepanjang 3 hari aku diselubung rasa bersalah yang amat. aku menyalahkan diri. meletakkan segala tanggungjawab ke atas diri sendiri. padahal tak ada satu umat manusia pun yang menuding jari kepada aku. aku terlalu berprasangka masa tu. sangat berprasangka. mujur.ayah, adik kurus dan gadis sentiasa mengingatkan aku bahawa semuanya qada' dan qadar dari tuhan. semua yang terjadi hanyalah sebagai asbab.
seminggu berselang baru aku tenang. walaupun masih terkenang. segala kejahilan aku. tapi lama baru aku sedar. tentang semua pengajaran dari tuhan. semua dugaan. terutamanya kematian. semoga ia menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

sebelas haribulan.genap lima tahun aku dengan gadis.lama.memang lama. alhamdulillah syukur kepada tuhan. semoga perhubungan ini di berkati dan tidak tersia. tak pandai aku meluah perasaan pada umum bab-bab begini. pada gadis pun begitu. mungkin doa berikut mencerminkan bagaimana rasa aku.

Ya Allah, seandainya engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
...satukanlah hatinya dengan hatiku,
Ya Tuhan Maha Mengasihi,
seiringkanlah kami melayari hidup ini,
ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah, seandainya telah engkau takdirkan,
dia bukan milikku,
bawalah ia jauh dari pandanganku,
luputkanlah ia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,
berilah aku kekuatan,
melontar bayangannya jauh ke dada langit,
hilang bersama senja nan merah,
agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama
dengan dirinya.

Ya Allah Ya Tuhanku,
pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan,
adalah yang terbaik buatku,
kerna Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik
buat hamba-mu ini

Ya Allah yang tercinta,gantilah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
jika dia bukan ditakdirkan untuk diriku
berikanlah aku insan yang lebih baik
jika dia bukan jodohku

Ya Allah,cukuplah engkau sahaja
menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini
jangan engkau biarkan aku sendirian
di dunia mahupun diakhirat
jauhkanlah aku dari terjurus ke arah
kemaksiatan dan kemungkaran

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai
dan kurniakan kepadaku keturunan
yang soleh dan solehah
berilah kami kebahagiaan hidup
di dunia dan di akhirat


0 maki hamun:

Post a Comment