orang tamak selalu rugi

pelik dan jelik aku dengan sifat manusia.

tak akan pernah merasa puas dengan apa yang ada. di beri betis nak peha. demand.
paling koman pasal gaji, pasal kereta, pasal makan pakai. sebab apa? sebab sifat orang kita yang suka membanding-banding harta dunia. sebab kita hanya pandang pada orang yang di atas. orang kita semua nak senang. semua nak bersuap. malas bukan main. yang tahu merungut dan komplen.

cuba buat sekali pandang pada orang di bawah. yang kerja kais pagi makan pagi kais petang makan petang. atau bawah lagi yang kais pagi petang untuk hanya sekali makan. mungkin kita akan merasa apa yang kita da lebih dari cukup.mungkin. mungkin untuk seketika.

yang penting kita kena tahu membezakan dan mengasingkan yang mana keperluan dan yang mana nafsu. rumah, kereta, handphone, kain baju semuanya perlu. tapi..rumah berjuta, kereta berkuasa, handphone tercanggih dan kain baju berjenama semuanya adalah nafsu. melainkan kita terlebih mampu.haa..ini lagi satu hal.

sekarang kita merungut gaji yang ada tak cukup untuk menampung keperluan semasa. harga minyak naik, harga barang naik. tapi andaikata kita punya gaji yang tinggi, yang kita idamkan. adakah akan cukup untuk tampung semua itu? akan senyapkah mulut yang merungut tu? semestinya tidak. kerana sekali lagi manusia tak pernah puas. semakin tinggi pendapatan semakin tinggi juga kecenderungan untuk berbelanja besar. tak gitu?
makin tinggi gaji makin besar kereta, makin gedabak rumah, semakin canggih gadjet-gadjet nak di beli, makin allergi kulit badan dengan kain baju murah dan makin 'makan sikit bayar banyak'. makanya..bila nak habis ini cerita?

benda yang sama akan terus berulang pada setiap peringkat. yang membezakan hanya yang cerdik dan yang kurang pandai. yang cerdik akan gunakan lebihan pendapatan untuk pelaburan jangka panjang sambil mengekalkan cara hidup yang sama manakala yang kurang pandai akan terus terusan membabi buta mengikut telunjuk hawa nafsu.




baju dunia berjenama import, kain sutera dari ulat terpilih, berhias intan permata zamrud delima labuci. baju kubur tetap yang putih tak berjahit itu.

0 maki hamun:

Post a Comment