tidur tak lena

oh bibah.

seminggu dah asyik mimpikan bibah. asal tidur mimpi bibah. asal mimpi mesti bibah. ah. durjana sungguh mainan syaitan.

kepada gadis, i terpaksa menduakan u. harap u terima bibah seadanya. isk isk

orang tamak selalu rugi

pelik dan jelik aku dengan sifat manusia.

tak akan pernah merasa puas dengan apa yang ada. di beri betis nak peha. demand.
paling koman pasal gaji, pasal kereta, pasal makan pakai. sebab apa? sebab sifat orang kita yang suka membanding-banding harta dunia. sebab kita hanya pandang pada orang yang di atas. orang kita semua nak senang. semua nak bersuap. malas bukan main. yang tahu merungut dan komplen.

cuba buat sekali pandang pada orang di bawah. yang kerja kais pagi makan pagi kais petang makan petang. atau bawah lagi yang kais pagi petang untuk hanya sekali makan. mungkin kita akan merasa apa yang kita da lebih dari cukup.mungkin. mungkin untuk seketika.

yang penting kita kena tahu membezakan dan mengasingkan yang mana keperluan dan yang mana nafsu. rumah, kereta, handphone, kain baju semuanya perlu. tapi..rumah berjuta, kereta berkuasa, handphone tercanggih dan kain baju berjenama semuanya adalah nafsu. melainkan kita terlebih mampu.haa..ini lagi satu hal.

sekarang kita merungut gaji yang ada tak cukup untuk menampung keperluan semasa. harga minyak naik, harga barang naik. tapi andaikata kita punya gaji yang tinggi, yang kita idamkan. adakah akan cukup untuk tampung semua itu? akan senyapkah mulut yang merungut tu? semestinya tidak. kerana sekali lagi manusia tak pernah puas. semakin tinggi pendapatan semakin tinggi juga kecenderungan untuk berbelanja besar. tak gitu?
makin tinggi gaji makin besar kereta, makin gedabak rumah, semakin canggih gadjet-gadjet nak di beli, makin allergi kulit badan dengan kain baju murah dan makin 'makan sikit bayar banyak'. makanya..bila nak habis ini cerita?

benda yang sama akan terus berulang pada setiap peringkat. yang membezakan hanya yang cerdik dan yang kurang pandai. yang cerdik akan gunakan lebihan pendapatan untuk pelaburan jangka panjang sambil mengekalkan cara hidup yang sama manakala yang kurang pandai akan terus terusan membabi buta mengikut telunjuk hawa nafsu.




baju dunia berjenama import, kain sutera dari ulat terpilih, berhias intan permata zamrud delima labuci. baju kubur tetap yang putih tak berjahit itu.

pesan nenek

kita hanya merancang tuhan yang menentukan.masa kecik-kecik dulu arwah nenek selalu pesan, jangan suka sangat, nanti menangis.bila dah besar orang selalu cakap jangan mengharap sangat nanti kecewa.bukan berfikiran tahyul mahupun kolot.kata-kata orang tua jika di selidik pasti ada terkait kebenarannya.kerana mereka bercakap melalui pengalaman hidup.

selalu terjadi apabila sesuatu yang kita hajatkan tak menjadi kenyataan.terkandas di tengah jalan.terhempas ke merataan.memang kecewa sudah pasti.tapi.La Tahzan!jangan bersedih.satu kata-kata yang selalu dipegang, 'bila kita bersabar, kita akan dapat yang lebih baik'.dengan izin tuhan.InsyaAllah.

sejak musibah yang melanda tempoh hari hidup sedikit tak keruan.turun naik perasaan macam turun naik bursa saham negara.kaki yang buruk bertambah buruk.hati yang luka bertambah luka.poket yang kosong bertambah rabak.nasib baik muka masih ada kacak.

al kisah tenggiling albino

sang tenggiling albino dambaan hamba tidak lagi segagah dahulu.
mengaum pun seperti malu-malu.
bila mengaum perginya seakan tak mahu.

tenggiling albino kepalanya tak lagi 'center'.
ter'kona' lebih menyenget ia.
terhenjut sikit bergesel badannya.
nampak gaya riwayat tenggiling tidak lagi lama.

cehwah.

penyakit hati

semua orang dalam dunia ni pemalas dan pentingkan diri.jadinya.marilah bersama menjadi pemalas dan mementingkan diri sendiri.semoga beroleh berkat dan kejayaan!

susah sangat duduk dalam hutan.jadi macam tarzan!

kisah malam sabtu...sudah jatuh kena naik tangga!

malam sabtu yang lalu.
berseorang aku menunggang tenggiling albino menuju samba de futsal petaling jaya.girang di dalam hati tidak terkata tatkala sinar kasut baru terpancar-pancar dari celah bukaan beg percuma perodua.niat murni di hati cuma satu.ingin menunjuk kasut baru bersua muka dengan rakan yang lama tak ketemu sambil berpeluh-peluhan mengejar bola.sedikit homoseks bunyinya.sebelum sepak mula seorang rakan mengadu peristiwa malang menimpa diri.hanya kata-kata semangat acuh tak acuh mampu di beri.dalam kepala tak sabar nak beraksi.

nak dijadikan cerita malam itu.permainan futsal berjalan lancar dengan berbelas gol di hasilkan dan hanya satu aku jaringkan.dan seperti juga wanita dan perempuan yang berjumpa rakan, kami lelaki juga punya keinginan bergosip hal masing-masing.jadi tempat kejadian bertukar ke satu lokasi yang dipersetujui. bertemankan seorang rakan dan tenggilingnya, kami berdua dan tenggiling kami bersaing menuju lokasi itu.

malang tak berbau, malapetaka tak di beritahu.di pertengahan jalan musibah menimpa.dua buah tenggiling di hadapan yang mana satu darinya tenggiling tua melaksanakan aksi berbahaya.perkhabaran mengatakan tenggiling tua itu semput dan terkena heart attack.maka bersilang-silang antara tenggiling tua itu dan seorang rakannya menyebabkan tenggiling kawanku dan tenggiling albino ku kaget dan terkesima tak semena-mena.

ajaran brek kecemasan tok dom masa ujian lesen tenggiling dulu tak sempat aku praktikkan.makanya..dengan itu...aku relakan tenggiling albino kesayangan aku tu mencium bontot tenggiling di hadapan pada masa yang sama tenggiling kawanku bergeseran dengan tenggiling yang satu lagi.disebabkan perbuatan keji itu maka keempat-empat penunggang dan tenggiling berterabur di atas jalan raya.

di fast forward kan cerita, makanya duduklah kami di bahagian kecemasan dan trauma pusat perubatan UM sejurus perlanggaran itu.keinginan dan nafsu untuk bermain futsal malam itu aku bayar dengan harga yang tinggi.mau tak.bayar duit hospital dah berapa.spek mata patah buat baru dah berapa ratus.trenggiling cedera patah riuk nak hantar repair melayang lagi beberapa ratus.botak kepala wo.menambah malang lagi masa balik dari hospital betul-betul sebelum waktu subuh.dengan pakai tshirt lengan pendek je pasal sweater dah tinggal atas jalan masa eksiden, seluar pendek, lutut kiri kanan bertampal-tampal, tangan dengan bahu calar balar, motor bahagian depan barai,meredah balik rumah, gagahkan diri merempuh sejuk embun pagi, sampai-sampai lif pulak rosak semua.tu dia.dengan terhincut-hincut tu mendaki pulak tangga sampai tingkat 12.hati tak kental menangis jugak sebab homesick. lagi nak menanggung azab pedih luka kena air.peh.dah lama betul tak eksiden teruk macam ni.mintak simpang.

malas nak tulis lagi bahu tengah sengal-sengal.nak kira duit tabung ada berapa buat bayar muka kereta sebijik.

pahlawan melayu 5 bersaudara


gambar curi dekat paultan.org

betul-betul

ini betul-betul!bukan cobaan!

wargh!
warghhhh!
wazzzzzzzzzzzzzaaaaaaaaa!
gila kejap.

mesti mariii...

ini masa Ekspo Motor Antarabangsa Thailand baru-baru ni.kat malaysia tak lancar lagi saga baru nih.sedap mata memandang jugak la.


Proton Saga Facelift R3 concept






Proton Saga Facelift




gambaq semua curi dekat paultan.org . nak info ke spesifikasi ke semua boleh tengok dekat paultan.org