senarai kepingin bahagian 2

tahukah konco-konco sekalian, waktu paling cargas otak manusia berfikir adalah waktu membuang hajat. setuju?

sedang sedap layan berak tadi baru aku teringat beberapa perkara dan benda yang aku kepingin lagi. time-time berak je baru nak ingat. time lain lupa.

pertamanya. kepingin betul aku nak belajar alat musik ketuk-ketuk ni. kalau gitar tu sudah tipikal. sudah tidak rare. budak sekolah pun boleh main gitar upload dekat tiub-u. bukanlah maksudnya aku nak mencuri perhatian dengan menjadi lain dari lain. cuma kepuasan nya berbeza. itu yang aku cari. maka nya. akan aku cuba ketuk alat ini suatu masa nanti.


keduanya. motif gambar beg. bukan bermakna aku nak beli beg. tapi aku ingin merasa pengalaman backpacking. merayau ke negeri orang. melihat manusia dan kehidupan. di persekitaran berbeza. mungkin dengan ini aku akan lebih mensyukuri nikmat yang ada.

ketiganya. dalam jangka masa pendek mungkin. aku kepingin kan sebuah kamera analog seperti di atas. boleh juga meneman ketika mengembara ye dak? kalau sudah ada android super, tak perlu lagi kamera kompak. jadi. mari ber'analog'!


keempat. mestilah mahu menghapuskan lebihan-lebihan perut yang melimpah-limpah kiri dan kanan. oleh itu kena amalkan gaya hidup sihat mulai sekarang. banyakkan bersenam dan makan sayur. erkk. taugeh bukan sayur kan?

dan yang akhirnya . .






suatu masa nanti mahukan sebuah kaca mata hitam Rayban asli berserta power rabun!barulah boleh memandu di kala terik dengan bergaya.tapi ini lebih kepada nafsu. tak mampu kot nak berhabis ratusan untuk kaca mata. mungkin yang ini boleh masuk senarai kepingin hantaran kahwin nanti. ok gadis?keh keh keh.


0 maki hamun:

Post a Comment