doktor juga insan biasa

. . .

08:58:27 pagi mata baru celik.rumah sunyi sepi.otak baru nak mula warm up.seingat gua pukul 09:00:00 pagi waktu masuk ofis.demm..

. . .

 14:17:38 petang, "..adik baring sana ya..saya mau cek.."kata doktor singh itu dengan sopan.."paap!paap!paap!"..doktor singh ketuk-ketuk perut gua dengan jari sejurus sebelum beliau tala stetoskop dekat abdomen gua.."ermmmm..masih ada bunyi lagi ya adik..kurangkan makan minyak sama pedas ya..saya bagi mc satu hari sama ubat sakit perut,ubat angin dengan itu ubat cirit birit.mesti mau makan ya.."senafas doktor singh bagi nasihat dan konklusi.dan sebagai pesakit yang baik gua iya kan sahaja kata-kata doktor singh.

"..tulis nama syarikat dekat sini...ok...kejap ye.."
"nah ini ubat bla bla bla bla .. ini mc untuk hari ni .. semua sekali RM!* .. ini resit untuk claim"terang gadis ubat panjang lebar tanpa mendapat sebarang fokus pun dari gua kecuali tang mc dan resit claim.
"..terima kasih.."ringkas balasan gua.gaya orang sakit yang sebenar.

dengan senyum di bibir gua melangkah keluar dari klinik X.surat mc berserta resit gua simpan kemas dalam dompet pasar malam gua.tak sia-sia gua tahan berak dari pagi.terpedaya jugak doktor singh akhirnya.seraya itu gua rasa IQ gua sudah menghampiri IQ mekgaiver.nais.

IQ tinggi iman goyah pun tak guna.selamba badak setan bisik dekat hati nurani gua petang yang damai itu "..pekena wayang cerita kapoww pun sedap ni.."

0 maki hamun:

Post a Comment