ringkasan hujung minggu

baru balik dari bercuti di kampung.tenang.lapang.kepala ringan tak macam dulu-dulu.walaupun sebenarnya ada masa hadapan yang perlu di rancang.tapi buat masa ni biarkan.menikmati hidup senang lenang yang tak selalu ada ini lebih afdal.sejak-sejak nak menamatkan perkhidmatan dekat ofis sekarang beban tergalas memang rasa kurang.mood pun tak macam orang monopos dah.tak ada la nak tensi-tensi memanjang.balik rumah pun tak ada la nak buat muka ketat macam mintak spanar.mungkin kewujudan rakan sebilik baru menyumbang kepada perkembangan positif ni.melihat rakan sebilik baru berkeliaran di ruang legar sempit membuat gua acap kali mengucapkan rasa kagum di atas keagungan ciptaan tuhan yang satu itu.melihat pergerakan serta lenggok tubuhnya sahaja membuatkan gua ketap bibir tahan geram.belum lagi tengok dia meliuk-liuk manja bila gua acah-acah nak cuit.kalau boleh masa tidur gua nak peluk-peluk je.grr..

gua bukan homoseks.gua tulen.gua dah ada gadis.serius ni.sila percaya.

rakan sebilik gua yang baru ni bukanlah seorang lelaki.perempuan jauh sekali.haram.tak tergamak lagi la gua nak minat kaum sejenis.kalau ya pun tak akan gua sembang dekat sini...eh?

ni rakan sebilik baru gua.bilik gua memang macam zoo.kuda ada.kelawar ada.sekarang gua tambah ikan.. p/s - gambar gua pinjam kat sini

gambar terpaksa gua pinjam blog orang.nak ambik gambar sendiri gua tak ada kamera.henpon gua ada lampu suluh je.tunggula gua kaya sikit angkut henpon kamera baik punya.

0 maki hamun:

Post a Comment