harapan terakhir umat manusia

terasa macam john connor pulak.

hari jumaat memang piawai keluar pukul 12.30 tengah hari.yang berhalkum  tuju ke masjid yang bergunung tuju ke giant jusco tesco untuk belanja tetingkap.tapi itu kena tengok hari bulan jugak.kalau kena masa memang 12 suku dah tunggu depan pintu nak kasi calit kad keluar.kalau hari bulan tak masyuk masing-masing buat-buat lupa ofis ada waktu rehat.untuk gua tidak.apa cerita pun pukul 12.30 mesti keluar.mana boleh duduk ofis lama-lama pekena ekon.tak bagus untuk badan.

ini hari seperti jumaat yang lazim tepat 12.30 gua calit kad keluar.tapi sebelum tuju masjid gua tuju bank harimau dulu.sejak gua kerja ni je gua pakai bank harimau.masa belajar duit kerajaan semua masuk bank kaler merah.tujuan lawatan gua ke bank bukanlah untuk mencucuk ATM mahupun mencucuk langit.silap-silap pak bilal azan kat telinga kalau cucuk langit siang-siang jumaat.gila.

dalam akaun gua ada seringgit je.mana boleh keluar kat ATM.nescaya hari-hari gua keluarkan 4,5 ringgit je kalau boleh.jimat.bukan kedekut.dalam poket gua ada duit kertas malaysia lapan helai.kalau semua kaler pepel memang meriah.ini dua helai kaler merah lagi enam helai kaler biru.yang dua helai kaler merah tu mesin deposit tunai telan ganti dengan kertas resit.buat-buat faham sudah.sekarang tinggal berapa adik-adik?dah rasa macam rancangan PAKLONG pulak dah.sehelai duit biru gua beli keropok lekor garing-garing sehelai lagi buat bayar karipap sardin panas-panas.ok.cukup bekalan sebelum ke masjid.dalam hati kasi niat lagi empat helai duit biru simpan buat pakai masa kecemasan.

sampai masjid masa tu matahari pacak tegak atas kepala.peluh mula menitis mengalir dari dahi ke dagu.dalam baju tak payah cerita.."ini tak boleh jadi.gua perlu pekena air sejuk manis-manis buat ganti air dalam badan yang hilang"..getus hati kecil gua.tak taula betul hati gua berkata ke setan punya angkara.tapi kerana tuntutan hawa nafsu gua layangkan juga sehelai lagi duit kaler biru dekat makcik air sebagai pertukaran dengan segelas air jagung.jadi dana kecemasan gua berkurangan kepada 3 helai duit kaler biru sahaja.

* * * khutbah * * * dengkur * * * solat jumaat * * *

 sebelum masuk ofis gua cek balik dompet.nak kepastian betul ke gua sedang jatuh miskin.dalam dompet ada 3 helai duit biru.memang miskin,gua bukak lipatan duit nak kasi letak kemas-kemas.tapi gua menyesal dengan tindakan gua tu.sumpah seranah gua.mana tak.secara rasmi duit gua tinggal dua helai kaler biru je.sehelai lagi gua baru perasan ada kesan conteng pen marker.cilakak.kalau gua perasan awal boleh gua mintak imam buat solat hajat kat masjid kasi tuju kat siapa yang aniaya gua mcam tu.

muka gua dari manis jadi kelat.sambil bertenggek atas tenggiling gua perah otak kasi fikir benda apa gua nak buat dengan duit terakhir gua.tak termasuk seringgit dalam bank harimau tu ye.benda yang gua nak belanjakan dengan dua ringgit tu mesti benda yang teramat penting.gua tak nak duit gua yang terakhir tu tersia.

* * *

gua langkah keluar dari giant dengan muka puas.tenggek atas tenggiling terus gua pecut balik ofis,calit kad masuk,tuju tandas ofis.dalam tandas gua kasi keluar sebungkus plastik.gua senyum gembira.capai sebatang dan jolok masuk telinga.

peh.dekat sebulan gua tak korek telinga.dia punya nikmat lagi pergi dari nikmat makan ayam kenny rogers.dia punya hasil jangan cerita.loya nanti.kalau lelaki loya saspek keracunan makanan je.kalau perempuan loya dituduhnya kena 'buatan' orang.selesai dua-dua belah telinga gua korek gua masuk duduk tempat gua sambil bersiul lagu wondergirls.puas hati dengan perbelanjaan gua itu hari.lepas ni gua kena fikir pulak macam mana gua nak hidup dengan 80sen sampai 10 haribulan.dem.

benda yang gua sia-siakan dua ringgit terkahir gua.gua rela makan angin kembung perut dari telinga gatal-tangan-asyik-nak -tonyoh-telinga-sampai -nak-buat-kerja-tak-boleh.



0 maki hamun:

Post a Comment