salam rindu dari perantauan buat semua kipas susah mati gua

tak boleh blah.tajuk macam artis.yang baca blog cabuk gua ni pun agak-agak jeling-jeling dah tau berapa ketul.heh.tapi gua optimis.di suatu ceruk di luar sana masih ada insan yang mulus hatinya menanti update dari gua.

hampir 3 purnama juga gua tak menjengah blog cabuk ni.sikit lagi nak lupa kata laluan dengan id.ok.gua tipu.baru seminggu gua tak update.tapi seminggu ni memang gua rasa macam 3 kali bulan purnama mengambang penuh.macam-macam benda gua nak langsaikan.mesyuarat orang-orang besar sana sini,deadline hari-hari,lukisan itu lukisan ini,3 dimensi,2 dimensi.kalau badan gua tak gagah memang lunyai.sekarang pulak gua nak menghitung hari.berapa lama lagi gua nak kena susur jalan maut lingkaran tengah dua tu tiap-tiap pagi,berapa hari lagi gua nak kena berebut parking motor betul-betul depan tangga ofis,berapa lama lagi gua nak kena ulang dengar perkataan 'basically' dari mulut bos gua.faveret bos gua tu.hari tu gua diskusi dengan dia pasal seketul tandas je pun dekat sepuluh kali bos gua sebut 'basically'.tebiat betul.gua jugak berkira-kira berapa hari lagi gua nak berhasad dengki dengan orang kerajaan sebab gaji-masuk-awal-walau-tiap pagi sampai tengah hari-sembang-dekat-kedai-kopi.ini semua gara-gara dua hari lepas gua terhantar satu surat bahasa orang putih dekat kakak admin.gua tak pandai bahasa penjajah ni.tapi gua marah kadang-kadang memang gua cakap orang putih.jangan gelak.gua serius.tajuk surat tu ejaan dia ini macam : notice of resignation.kalau tak paham meh sini gua azan sikit kat telinga tu.mana tau mungkin membantu.basically,gua dah lama bercita-cita nak berhenti kerja.tengok.tebiat bos gua dah berjangkit.salah satu sebab gua bagi surat bahasa orang putih tu.hah.gua rasa dah sampai seru gua tinggalkan ofis sekarang.dah banyak petunjuk dah.gua je saja buat pekak dan tuli selama ni.mungkin ini masa sesuai gua berkelana ke jajahan lain.menimba pengalaman baru.buat bekal makan akar jiwa.mengorak langkah segar menongkah arus kehidupan metropolitan yang semakin mereput busuk.cehwah.pandai gua menulis gaya sasterawan rupanya.baru sikit gaya bahasa gua tonjol.belum aplikasi latar masa,masyarakat dan tempat lagi.tambah sikit kata-kata bidalan dengan pujangga memang cikgu-cikgu sekolah tak pakai dah sehijau warna daun,meniti kaca dengan konserto terakhir.ok.gua merapu.

saat-saat poket nipis macam ni,bau mee maggi perisa kari pun gua dah rasa macam bau ayam kenny rogers.cilakak punya budak bilik sebelah.gua nak kosentrasi ni.peh.susah betul kerja bukan kerajaan.kadang-kadang gua rasa kesian dengan bos gua.botak-botak dah kepala dek kerja siang malam.tiap-tiap bulan projek masuk.kalau tak sebab konspirasi dalaman gua rasa bos gua dah pakai ferrari dah sekarang.gua pulak silap-silap dah ada banglo 5 tingkat yang mana satu tingkat untuk pembantu rumah sahaja.amacam?nak jadi pembantu rumah gua ke?tapi itu semua kalau.realiti itu memang perit untuk ditelan.gua murung dan dipresi.

apa thrill jalan kat pantai pakai sendal di kaki dengan seluar jin.tak waras betul pemikiran.ingat pekan ke.

atas sana sekeping gambar gua jalan-jalan dekat pulau itu hari.dengan brado-brado rumah lama.rumah sewa masa gua masih bermodalkan duit PTPTN untuk berjoli.itu dulu.pergi pulau ni guna duit gaji okeh.gua mana dapat duit pi-ti-pi-ti-en lagi.bayar pun baru seratus.haha.nanti gua dapat duit OT gua lamsam terus 24k.gua serius.kalau pandai kira sendiri berapa jam gua kena OT kalau gua nak capai cita-cita bayar pi-ti-pi-ti-en lamsam macam tu.sampai keroyot pun tak terbayar woi!
setakat hari ni gua dah bersekongkol selama 4 tahun dengan brado-brado berlima dalam gambar.masing-masing punya akal dalam poket.dari zaman rambut tebal belah tengah sampai rambut  dah macam zinedine zidane.yang berkaki ayam tu gua.kacak.dan akan semakin kacak berkadaran terus dengan usia dan zaman.sampai gua kadang-kadang trauma nak bangun pagi tengok muka kat cermin yang mana setiap hari menjanjikan kekacakan luar biasa.sampai satu tahap gua hampir menghiris retina mata gua dengan pisau cukur seringgit dua puluh sen kerana gua percaya imej yang terpampang pada cermin bilik air setiap pagi itu adalah kekacakan teragung yang tiada tolok banding.yang mana tiada lagi kekacakan sesempurna itu untuk gua lihat hingga hampir mendesak gua mengakhiri penglihatan gua agar kacak yang sempurna itu terabadi bersama.tolong jangan ketawa.gua serius.lebih serius dari wonderpets.brado sebelah dengan gaya dua jempol (sila gugel translasi kan perkataan berwarna merah kepada bahasa orang putih) budak rumah gua gelar pantitet.brado ni mati-mati berhujah kata muka farid kamil macam dia.tapi gua tetap nafikan dengan hujah muka dia macamm a.c mizal.satu-satunya brado yang pakai seluar trek dalam gambar adalah paling gedik antara semua.caci,maki,bahan,pancing,kacang,buah,ayam dah memang makanan harian brado ni.nak berkawan dengan brado ni hati mau kental macam komando.hati kalau setakat macam gula-gula kapas,baru nawaitu nak sentuh dah cair jangan mimpi.tak boleh cakap banyak pasal brado seluar trek ni.nanti  dia sebak.brado kep cekelat merupakan rumet gua.dari dua rumah sewa yang dulu gua sebilik dengan brado ni.sampai tahap dia ada belaan yang jaga dia selama ni pun gua tau.sekarang brado ni ada tak dekat mekah dekat madinah.tengah tahajjud ke apa tidak pula gua dapat agak.gua tengah siap-siap bekalan gelak sebakul nak buat selebret kepulangan rumet gua ni.hari-hari gua saving gelak.lawak mana pun gua gelak seharkat dua je.kalau lupa diri baru gua gelak 3 harkat.semua punca gua tak dapat imaginasikan muka brado tuh cukur kepala.nais.lepas gelak baru bermaaf-maafan sambil makan kebab unta.sangat nais.sebelah tu pulak merupakan brado rambut zidane yang gua sebut awal tadi.gua tak nak cerita banyak pasal brado ni bagi mengelakkan sumpahan dan daulat beliau.kerana,gua sedang merasai.hah!brado paling kanan adalah brado yang paling hawaii.seluar bunga beliau sedikit sebanyak menaikkan suasana berjalan di pantai yang telah dirosakkan sejak awal oleh pemakaian seluar jin dan sendal kaki ala-ala pekan.dem.tidak lupa brado seluar bunga la yang masak-mee-maggi-perisa kari-bau-masuk-dalam-bilik-gua.cilakak!gua lapar!








terkini, namun tidak benar-benar sedikit (sila gugel translasi kan perkataan berwarna merah kepada bahasa orang putih) gambar buat pengubat kerinduan para kipas susah mati gua. . . maggi gua sudah kembang!

0 maki hamun:

Post a Comment